dikendalikan oleh   

BERITA DAN AKTIVITI TERKINI SEPT 2023

1) 1 September 2023 - Bengkel Asas Penggunaan Aplikasi Canva bersama Pelajar Sekolah Menengah

2) 8 September 2023 - Kelas Keusahawanan _ Kemahiran Membuat Puding Jelly 3D dengan kerjasama Kolej Komuniti Segamat & Tenaga Pengajar Puan Rashidah Zainal.

3) 13 Sept 2023 - Kelas Keusahawanan - Teknik Fotografi ~ Flat Lay & Studio. Kelas ini mengetengahkan teknik mengambil gambar Produk dengan menggunakan modal yang kecil tetapi hasil seperti professional.

4) 27 September 2023 - Kaunter Tabung Haji bersama Komuniti di Pusat Ekonomi Digital - PEDi Felda Lenga. Kaunter ini dibuka bertujuan memudahkan urusan komuniti yang mempunyai kekangan untuk keluar ke bandar & ingin membuat urusan berkenaan akaun, perihal haji & perkhidmatan lain di Tabung Haji.