dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI APRIL 2019

Program Jalinan Mesra Bersama Komuniti Orang Asli, Kampung Sentosa, Lenga

Program telah dilaksanakan pada 05 April 2019 bertempat di Kampung Sentosa Orang Ali, Lenga . Program ini adalah anjuran Pusat Internet Felda Lenga yang juga merupakan program kemasyarakatan untuk mendekatkan jurang dikalangan Masyarakat sekitar Mukim Lenga, khususnya masyarakat orang asli yang berhampiran.

Selain daripada itu, pengenalan perkhidmatan & fungsi Pusat Internet juga telah didedahkan disamping menggalakkan mereka supaya tidak segan silu datang ke Pusat Internet untuk menimba ilmu berkenaan ICT dan menikmati pelbagai kemudahan lain yang disediakan disini.

Acara santai yang telah dijalankan:

  1. Senamrobik
  2. Mewarna Kananak-kanak
  3. Sepit Jariku Tersepit
  4. Pancing Botol
  5. Bowling Kelapa
  6. Imbangan Maut
  7. Kembarku
  8. Rebut Kerusi
  9. Penyampaian Hadiah
  10. Jamuan & Bersurai

Surprised Number & ‘ Teka Teki’ Online Games

Aktiviti ini telah dilaksanakan pada 06 April 2019 anjuran PI Felda Lenga sendiri. Ia bertujuan untuk menarik minat ahli Pusat Internet datang ke PI untuk menyertai pelbagai aktiviti & menggunakan kemudahan yang telah disediakan.

Q2 Training- Videografi

Pada 30 April 2019 telah berlangsungnya Kursus Videografi bagi Quarter 2. Petugas- Petugas PI Redtone telah terlibat di dalam kursus ini yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang di Pusat Internet Felda Lenga.

KELAS LATIHAN APRIL 2019

Kelas Website - Origami Benang Kait untuk dijadikan kerongsang atau pin hiasan

Kelas PC Hardware

Kelas Ms Excel Dewasa- Memasukkan bentuk & Membina Jadual

Kelas Ms Excel Dewasa- Membina Jadual & Graf

Kelas Ms Excel Sekolah Rendah - Membina Jadual Sekolah

Kelas Website Origami Bookmark

Kelas MS Excel Dewasa ; Membuat Lukisan menggunakan Fungsi Shapes

Kelas Multimedia; Photoscape - Edit Slide dalam bentuk format GIF Image

Kelas Website Dewasa; Membaca Suratkhabar Online