dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI JULAI 2022

1) FB LiVE Bersama Usahawan

Pada 1 Julai 2022 satu Program bual bicara bersama usahawan Apple Skincare, Mama Ina & founder produk tersebut , Puan Liza Anggun telah bersiaran melalui FBLive PEDi Felda Lenga yang di hostkan oleh Rakan Digital PEDi, Cik Farahanom Zahari

2) Bengkel Canva Bersama Usahawan

Pada 15 Julai 2022 telah berlangsungnya Bengkel Canva bersama usahawan anjuran PEDi Felda Lenga

3) Program Klik Dengan Bijak Di SK Lenga

21 Julai 2022 - Program Kolabrasi PEDi Felda Lenga & PEDi Pekan Lenga bersama SK Lenga dalam Program Advokasi Klik dengan Bijak(KDB). Antara tajuk yang disampaikan adalah Buli Siber, Sexting & Terlebih Kongsi serta Pengantunan dalam Talian.

Selesai taklimat peserta menjalani latihan secara santai dalam kumpulan bagi menguji kefahaman tentang topik yang disampaikan. Antara aktivitinya adalah seperti Bingo KDB, Word Search, Quiz on Tab & ' All in One'

4) Program Santai Komuniti Bersama Pedi

29 Julai 2022- Program Santai Komuniti Bersama PEDi Felda Lenga . Program yang bertujuan untuk mendekati lebih mesra komuniti setempat, menarik minat kepada ahli baru untuk datang ke PEDi & mengenali usahawan-usahawan baru sekitar PEDi. Antara pengisian program adalah:

- Senaman Pagi
- Pemeriksaan Kesihatan KOSPEN
- Taklimat Klik Dengan Bijak dari MIV PEDi
- Permainan Teka Silangkata Dewasa
- Permainan pembelajaran Online Kanak-kanak