dikendalikan oleh   
Kebajikan dan keperluan penduduk di Felda Lenga ini turut dijaga dan tersedia dengan adanya kemudahan asas dan awam.Kemudahan yang paling penting seperti jalan raya berturap, bekalan air dan elektrik disalurkan dengan cukup kepada seluruh penduduk. Antara kemudahan lain adalah masjid, sekolah, klinik,taman rekreasi dan gelanggang bola yang dibina di dalam kawasan kampung untuk kegunaan penduduk setempat. Penduduk juga saling bekerjasama menjaga dan memelihara kemudahan yang disediakan kepada mereka. Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berperanan memastikan kemudahan yang terdapat di kampung ini berada di dalam keadaan baik dan akan sentiasa berusaha menambahkan lagi kemudahan infrastruktur demi kepentingan penduduk.
Dewan Serbaguna Orang Ramai Felda Lenga
Gelanggang Futsal
Masjid Jamek Al- Falah, Felda Lenga
Masjid Jamek Al- Falah, Felda Lenga
Taman Rekreasi
Gelanggang Permainan
Rumah Kakitangan Felda Lenga

PUSAT INTERNET

Pusat Internet (PI) merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar dimana salah satunya di Felda Lenga ini. Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan fotostat, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus.

KESIHATAN

Penduduk Kampung Felda Lenga mendapatkan rawatan kesihatan di Klinik Desa Felda Lenga yang beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat, bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.Kedudukan klinik ini tidak jauh dari penempatan penduduk dan mudah bagi mereka untuk datang mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ini adalah klinik kesihatan kanak-kanak, ibu mengandung, postnatal, perancang keluarga dan turut menyediakan perkhidmatan rawatan ke rumah ke rumah untuk . Kadar bayaran sama seperti klinik desa lain iaitu RM1.00 untuk pesakit luar dan RM15.00 bagi warga asing. Sekiranya berlaku kes-kes kritikal, pihak klinik akan merujuk kepada Klinik Kesihatan Batu 29 yang terletak lebih kurang 5 km daripada Felda Lenga Batu 27.
Klinik Felda Lenga