dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI JUN 2022

1.) Taklimat Klik Dengan Bijak

3 Jun 2022 - Sempena Kunjungan YB & Exco JKR Negeri Johor di dalam Pertandingan Gubahan & Masakan anjuran GWP Felda Lenga, PEDi Felda Lenga telah dijemput untuk menyampaikan seisi taklimat Klik Dengan Bijak-"Berhati-hati dengan Scammer"

2) Zumba Bersama Komuniti

4 Jun 2022 - PEDi Felda Lenga telah dijemput menyertai Program Zumba diketuai Ahli Belia Felda Lenga bersama YB & Exco JKR Negeri Johor Ir.Ts. Mohd Fazli Mohd Salleh di dataran Sujana Felda Lenga

3) Gotong Royong Laman Dapur Pedi

10 Jun 2022- Gotong Royong Laman Dapur PEDi dengan kerjasama Team Volunteer Felda Lenga

4) Bengkel Zapin Lenga Online

11 Jun 2022- Bengkel Zapin Lenga bersiaran secara webinar( Google Meet) , Kolabrasi dari Kelab Senitari Tradisi & Kreatif , Pelajar-pelajar UTHM Cawangan Pagoh bersama PEDi Felda Lenga.

Selain daripada seisi pembentangan berkenaan Senitari Zapin daripada barisan pelajar, PEDi Felda Lenga juga telah terlibat di dalam seisi perkongsian Kempen Klik Dengan Bijak dengan isu" Terlebih kongsi dan Penipuan kewangan didalam alam maya"

5) Bengkel Whatsapp & Marketplace Facebook

24 Jun 2022 - Bengkel Whatsapp Bussines & Facebook Marketplace dianjurkan oleh PEDI Felda Lenga yang dijalankan melalui 2 Kaedah iaitu secara fizikal & Online serentak.

6) Kunjungan Warga SK Lenga Ke Pedi Felda Lenga

29 Jun 2022- PEDI Felda Lenga telah menerima kunjungan daripada warga SK Lenga sebagai inisiatif dan program usahasama antara dua belah pihak. Kunjungan ini telah diketuai oleh Guru Besar Sekolah tersebut Cikgu Halid Tandang dan guru pengiring merangkap guru Matematik & Rekabentuk dan Teknologi bersama murid-murid tahap 2.

Tujuan kunjungan ini adalah untuk menjalinkan kolabrasi antara PEDi Felda Lenga & SK Lenga dimana sebagai langkah pertama Sekolah ini telah berbesar hati untuk merasai penggunaan perkhidmatan di sini sebagai tujuan pembelajaran. Satu seisi kelas telah diadakan di sini iaitu "Basic Coding" ( Scratch 3.0) yang diajar oleh guru pengiring. PEDi menyambut usaha yang baik ini dengan merancang program selanjutnya iaitu Kempen Klik Dengan Bijak bakal dijalankan pula di SK Lenga .