dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI NOVEMBER 2019

1) Program Advokasi bersama Pelajar Lepasan UPSR SK Pekan Pagoh.

Pada 10 Nov 2019 telah berlangsungnya Program Advokasi Klik Dengan Bijak bersama pelajar lepasan UPSR SK Pekan Pagoh yang di anjurkan oleh Pusat Internet Felda Lenga. Program dimulakan dengan taklimat & video advokasi serta sedikit kuiz berkaitan Kempen Klik Dengan Bijak & sebenarnya.my. Selain daripada itu, aktiviti berkumpulan juga telah dijalankan dimana aktiviti ini melibatkan kemahiran, ketangkasan & kerjasama dalam kumpulan.

2) Program Advokasi bersama UTHM Pagoh Di Kg Semasih , Panchor.

Pada 29 Nov 2019 telah diadakan Satu Program Gotong Royong anjuran MPKK Kg Semasih, Panchor & UTHM Pagoh. Pusat Internet Felda Lenga telah dijemput dan diberi peluang untuk menyampaikan Slot Advokasi Klik Dengan Bijak bersama pelajar tahun pertama UTHM di Balai Islam KG Semasih. Pengisian Slot ini termasuklah taklimat & video advokasi serta sedikit kuiz berkaitan Kempen Klik Dengan Bijak , Mobile e-waste , Check Your Label & sebenarnya.my.

KELAS LATIHAN NOVEMBER 2019

1) Kelas Website Dewasa – Youtube :DIY Krafttangan 1

2) Kelas Ms Powerpoint – Logo & Tema kemerdekaan

3) Kelas Micrososft Wod (Pengenalan) Pelajar Baru.

4) Kelas Micrososft Excel – Membut Jadual , Graf & Carta.

5) Kelas E-learning – Latih tubi KSSR.