dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI OKTOBER 2017

Program Advokasi Pi Pekan Lenga Dengan Kerjasama Pi Felda Lenga & Perpustakaan Desa

Pada 12 Oktober 2017, Pi Pekan Lenga telah bekerjasama dengan Pi Felda Lenga & Perpustakaan Desa di dalam Program Advokasi Bersama Pelajar UPSR SK Lenga yang telah berlangsung di Pi Pekan Lenga . Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Taklimat & Kuiz Advokasi , Permainan Teka Silang Kata, Jom Memasak Menu Sihat, Bingo Advokasi & Telur Beracun.

Program Hari Sukan Bersama Komuniti - Sk Renchong

Progran Hari Sukan Bersama komuniti ini telah diadakan pada 22hb Oktober 2017 bertempat di SK Renchong, Lenga . Pi Felda Lenga telah dijemput untuk membuat pameran dan booth pada hari tersebut. Antara aktiviti booth yang dijalankan ialah Tayangan Video Advokasi, Permainan Crabbel KDB & Telur.

Majlis Perasmian & Hari Komuniti Pi Felda Sri Jaya

PI Felda Lenga telah sama-sama berganding bahu menyumbangkan masa & tenaga bagi menjayakan Majlis Perasmian & Hari Bersama Komuniti pada 27 Oktober 2017 yang telah disempurnakan oleh YB Tn Hj Ismail Bin Mohamed, Adun Bukit Serampang, Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Johor. Pelbagai Acara menarik telah diadakan pada majlis tersebut antaranya adalah Taklimat & Permainan Telur Beracun Advokasi, Musang Berjanggut ,Pertandingan Jaringan Bola Tampar, Pertandingan Timbang Bola Takraw, Pameran & Booth Usahawan.

Program Kdb Bersama Pelajar Pt3 & Pusat Internet

Program ini telah melibatkan Pi Taman Perling, Pi Chempelak Barat, Pi Maokil, Pi Pekan Lenga & Pi Felda Lenga yang berlangsung di SMK Munshi Ibrahim, Labis. Antara aktiviti yang dijalankan adalahTaklimat & Tayangan Video KDB, Kuiz KDB,, Permainan Bingo, Permainan Radio Rosak, Teka Teki teka tekuk & Explorace.