dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI Februari 2017

Program Karnival Muafakat Bukit Kepong (Buka Booth)

Pada 24 & 25 Februari 2017, Pi Felda Lenga telah bergabung tenaga bersama barisan Pi@TM menerajui acara pembukaan booth disini. Selain itu, pelbagai acara lain juga disediakan disini antaranya Cabutan Bertuah, Pertandingan Memancing, Pertandingan Gubahan , Pertandingan Teh Tarik, Persembahan artis dan lain-lain. Program ini telah dirasmikan oleh YB Adun Bukit Serampang, Merangkap Exco Pertanian & Industri Asas Tani Negeri Johor,YB Tuan Haji Ismail Bin Mohamed.

Bengkel Pemakanan Gaya Hidup Sihat

Pada 27 Februari 2017, Pi Felda Lenga telah dijemput ke Program ini yang telah di anjurkan oleh Unit Pendidikan Kemahiran KEMAS Bahgaian Pagoh , bertempat di Balairaya Kampung Batu 28. Antara acara didalam program ini adlah tutorial masakan dar Penyelia KEMAS Pagoh dan Ceramah Pemakann Sihat daripada Klinik Kesihatan Bukit Pasir.