dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI SEPTEMBER 2017

Program Jom Masak Bersama Dashboard & Tupperware

Pada 06 September 2017, Pi Felda Lenga telah dijemput oleh Pi Pekan Lenga di dalam Program Jom Masak Bersama Dashboard & Tupperware yang telah berlangsung di Pi Pekan Lenga . Antara agenda yang telah dijalankan adalah Taklimat Dashboard , Demonstrasi masakan & Cabutan Bertuah.

Mesyuarat Bersama JKKK & Komuniti 1 & 2

Mesyuarat bersama JKKK & Komuniti ini telah diadakan pada 13hb dan 21hb September 2017 bertempat di Pi Felda Lenga bagi membincangkan agenda Program Perasmian & Hari Bersama Komuniti Pi Felda Lenga.

Gotong Royong Bersama Komuniti

Program gotong royong ini telah diadakan pada 15 September 2017 bersama JKKK, Persatuan AIM & AJK Komuniti yang lain yang bertujuan untuk membersih dan menceriakan kawasan sempena Program Perasmian & Hari Bersama Komuniti Pi Felda Lenga.

Majlis Perasmian & Hari Bersama Komuniti Pi Felda Lenga

PI Felda Lenga telah melangsungkan Majlis Perasmian & Hari Bersama Komuniti pada 30 September 2017 yang telah disempurnakan oleh YB Tn Hj Ismail Bin Mohamed, Adun Bukit Serampang, Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Usahwan & Koperasi Negeri Johor. Pelbagai Acara menarik telah diadakan pada majlis tersebut antaranya adalah Pertandingan Gubahan Bunga Hidup, Mewarna Sekeluarga, Cabaran Timbang Takraw, Dart Terbuka , Teka Berat Kambing & lain-lain.