dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI APRIL 2022

1.) Lawatan & Pengagihan Kurma Mayc- Johor

Pada 2 April 2022 satu lawatan dan perbincangan program telah diadakan oleh MAYC- Johor, Belia Felda Lenga dan PEDi Felda Lenga. Disamping itu sempena menyambut ramadhan Pihak MAYC berbesar hati menyampaikan pengagihan kurma kepada barisan ahli Belia Felda Lenga .

2) Lawatan Pihak Pengurusan Redtone Ke Pejabat Adun

Program Lawatan Pihak Pengurusan Redtone ke Pejabat Adun Bukit Kepong pada 6 April 2022 & Pengagihan Kurma Sempena Ramadhan Kepada Pejabat Adun & Barisan Badan Komuniti Felda Lenga.

3) Bengkel Fotografi – Flat Lay

Pada 15 April 2022 telah berlangsungnya Bengkel anjuran PEDI Felda Lenga bersama usahawan iaitu Bengkel Teknik Flat Lay dalam Fotografi untuk pemasaran produk.

4) Karnival Syoknya Puasa , Meriahnya Raya Di Pedi Sri Jaya

Pada 26 hingga 28 April 2022 PEDI Felda Sri Jaya telah menganjurkan “Karnival Syoknya Puasa , Meriahnya Raya”. Petugas PEDI Felda Lenga telah turut menjalankan tugas selaku Team PEDI Redtone dan membuka sebuah booth jualan produk IKS & Usahawan.