dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI OKTOBER 2019

1) Program Advokasi bersama pelajar lepasan UPSR SKLTP Batu 27.

Pada 03 Oktober 2019 telah berlansung Program Advokasi bersama pelajar lepasan UPSR SKLTP Batu 27 anjuran Pusat Internet Felda Lenga.Program itu dimulakan dengan senaman ringan sebagai pemanasan badan & aktiviti permainan outdoor . Selepas rehat aktiviti disambung pula dengan taklimat & video advokasi serta permainan online berkaitan Kempen SKMM seperti Klik Dengan Bijak, Mobile-ewaste & sebenarnya.my. Selain daripada itu, aktiviti indoor juga telah dijalankan dimana aktiviti ini melibatkan kemahiran, ketangkasan & kerjasama dalam kumpulan.

2) Program Advokasi bersama pelajar lepasan UPSR SK Kg Baru Batu 28.

Pada 15 Oktober 2019 juga telah berlansung Program Advokasi bersama pelajar lepasan UPSR SK Kg Bharu, Batu 28 pula. Berlokasi kan tempat yang sama iaitu di Pusat Internet Felda Lenga Program itu dimulakan dengan senaman ringan sebagai pemanasan badan & aktiviti permainan outdoor. Selepas rehat aktiviti disambung pula dengan taklimat & video advokasi serta permainan online berkaitan Kempen SKMM seperti Klik Dengan Bijak, Mobile-ewaste & sebenarnya.my. Selain daripada itu, aktiviti indoor juga telah dijalankan dimana aktiviti ini melibatkan kemahiran, ketangkasan & kerjasama dalam kumpulan.

3) Program Advokasi bersama pelajar lepasan PT3 SMK Lenga.

Selain pelajar lepasan UPSR , Pusat Internet Felda Lenga juga telah dijemput oleh pihak SMK Lenga didalam Program Advokasi bersama pelajar lepasan PT3 pada 20 Oktober 2019 bertempat di Sekolah Menengah tersebut. Antara acara yang dijalankan ialah taklimat & video advokasi, Kuiz & aktiviti berkumpulan yang melibatkan pemahaman, kemahiran & fokus melalui taklimat yang diberi.

KELAS LATIHAN OKTOBER 2019

1) Kelas Dewasa Multimedia – Membuat Flyers Perniagaan dengan canva.com

2) Kelas Ms Powerpoint – Logo & Tema kemerdekaan

3) Kelas Website- Clipart : freelogodesign.org

4) Kelas E-learning- roomrecess

5) Kelas Dewasa – Kahoot Challenges & Word Search Online

6) Kelas E-learning- senaraiperibahasa.com

7) Kelas Multimedia- Poster Hari Sukan Negara- canva.com