dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI MAC 2017

Bengkel Train To Trainer (TTT) Bagi Perlaksanaan Program Jangkuan Bersama Skmm

Pada 13 Mac 2017, Salah seorang petugas Pi Felda Lenga telah dijadualkan bersama seluruh Pi Wilayah Selatan untuk menyertai Bengkel TTT yang dianjurkan oleh SKMM bertempat di KSL Hotel & Resort Johor Bahru. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan tentang KPI dan tugas serta menaiktaraf pencapaian setiap Pi dari masa kesemasa.

Pembikinan Video Menarik Di Muar Oleh Pi Kluster Muar (Part 1)

Pada 14 Mac 2017, Pi Felda Lenga telah terlibat bersama Pi Kluster Muar dalam pembikinan Video Menarik Di Muar. Video ini telah dilakukan di sebuah Syarikat Bumiputera yang menjalankan perniaagaan penternakan rusa iaitu Sure Jade Sdn Bhd. Tujuan Video ini dibuat adalah untuk dimuatkan ke dalam Page FB “Menarik Di Muarâ€Â� sebagai salah satu bahan yang dipertontonkan dan panduan kepada pengunjung page "Menarik Di Muar" selain mempromosikan tempat-tempat menarik sekitar Muar kepada umum.

Untuk melawati page tersebut sila klik link dibawah:

Pembikinan Video Menarik Di Muar Oleh Pi Kluster Muar (Part 2)

Pada 18 Mac 2017, Pi Felda Lenga dan dibantu oleh Team Pi Kluster Muar yang lain telah melakukan pembikinan video di sebuah lokasi rekreasi yang semakin popular di Daerah Muar, iaitu Don Hu Jurassic Park Garden. Tujuan Video ini dibuat adalah untuk dimuanaik ke dalam Page FB “Menarik Di Muarâ€Â� sebagai salah satu bahan yang dipertontonkan dan panduan kepada pengunjung page "Menarik Di Muar" selain mempromosikan tempat-tempat menarik sekitar Muar kepada umum.

Nantikan video yang bakal di muatnaik pada bulan April 2017 ini dan lawatilah page FB tersebut seperti link dibawah:

Bengkel Penggunaan Mycomms Pi

Pada 23 Mac 2017, semua petugas P1IM- Redtone telah mengikuti Bengkel My Comms Application bertempat di HQ Redtone, Puchong. Bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang penggunaan aplikasi Mycomms didalam tugas harian di Pi.

Aktiviti Advokasi Pi – Klik Dengan Bijak, Mobile E-Waste & Check Your Label

Pada 31 Mac 2017 di Pi Felda Lenga telah berlangsung program aktiviti advokasi bersama komuniti Felda Lenga. Seramai 13 orang Peserta yang terlibat dan menjayakan program tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat tentang kempen ‘Check Your Label’ di telefon bimbit, Permainan Bingo KDB & teka silang kata KDB & Mobile e- waste.