dikendalikan oleh   

BERITA DAN AKTIVITI TERKINI MAC 2024

1) Kaunter KWSP di NADI Felda Lenga

3 Mac 2024 - Kaunter KWSP Bersama pelanggan di Pusat Ekonomi Digital - PEDi Felda Lenga .

Kaunter ini dibuka bertujuan memberi peluang komuniti setempat untuk berurusan dengan lebih dekat & mudah tanpa hadir ke pejabat yang jauh dibandar.

2) Aktiviti Softskill & Usahawan Junior (Snack Popia)

5 Mac 2024 Aktiviti 1: Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk membuat snack mudah dengan menggunakan kulit popia. Kemudian, peserta akan membuat snack sendiri secara berkumpulan. Peserta membawa pulang hasil tangan yang telah mereka buat.

Aktiviti 2:Peserta diajar cara mengira kos bahan mentah dan nilai harga yang boleh diletak untuk dijual.

3) Kelas Keusahawanan & Kemahiran Crochet Scrunchies

8 Mac 2024 - Kelas Keusahawanan & Kemahiran Crochet Scrunchies yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional- NADi Felda Lenga dengan kerjasama Tenaga Pengajar , Cikgu Ira. Kelas ini yang memberikan tunjuk ajar asas mengait & menghasilkan produk yang mampu membantu penjanaan pendapatan sampingan.

4) Program 'Back to School' Smk Lenga Felda Lenga

11 Mac 2024 - Program 'Back to School' Smk Lenga Felda Lenga bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional- NADi Felda Lenga & Team Volunteer Felda Lenga. Program ini adalah jemputan tahun yang kedua dari pihak SMK Lenga bagi pegisian minggu kembali ke sekolah yang melibatkan seramai 330 orang Pelajar.

5) Pembukaan kaunter pendaftaran PADU di Pusat Sebaran Maklumat Nasional- NADi Felda Lenga

26 Mac 2024 pembukaan kaunter pendaftaran PADU di Pusat Sebaran Maklumat Nasional- NADi Felda Lenga bagi memudahkan Komuniti untuk mengisi secara online dengan bantuan pegawai DOSM Muar, Johor.