dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI SEPTEMBER 2019

1) Sambutan Hari Malaysia Felda Lenga 2019.

Pada 16 September 2019, Pusat Internet Felda Lenga telah terlibat sama dengan barisan badan komuniti Felda Lenga yang lain pada Program Sambutan Hari Malaysia Felda Lenga 2019. Antara Aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet sendiri ialah Penerangan & taklimat ringkas berkenaan kempen advokasi daripada SKMM.

Selepas itu berlangsungnya Pertandingan Cabaran Kuiz Kahoot & Word Search Online berkenaan dengan Sejarah Penubuhan Malaysia, Pengetahuan Am & Soalan pendedahan mengenai kempen SKMM

2) Kembara Desa Seminar Matematik PT3

Pada 21 September 2019, Pusat Internet Felda Lenga telah dipilih sebagai lokasi Seminar Matematik khas untuk pelajar PT3 SMK Lenga. Program ini adalah anjuran bersama daripada Putra Center Excellent, Muafakat Anak Johor & Yayasan Pagoh Perdana.

Pusat Internet juga telah menyelitkan sedikit taklimat & penerangan ringkas berkenaan fungsi & perkhidmatan PI serta pendedahan kempen advokasi yang telah disediakan oleh SKMM.

3) Program DIY Kraftangan

Pada 28 September 2019 Pusat internet Felda Lenga telah menganjurkan Program DIY Kraftangan. Aktiviti ini dimulakan dengan pendedahan video DIY melalui You Tube supaya peserta dapat memahami bahan & cara membuat kraftangan tersebut. Antara DIY kraftangan yang dibuat adalah "Perler Beads Keychain & "Kumihimo Bracelet"

Penyertaan DIY ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan dewasa & kanak-kanak. Objektif utamanya program ini ialah untuk berkongsi ilmu kraftangan secara santai & suka-suka sambil menggalakkan mereka menjana pendapatan sampingan sendiri dengan hasil kraft yang mereka pelajari.

KELAS LATIHAN SEPTEMBER 2019

1) Kelas Dewasa Ms Powerpoint – Membina Slide Perancangan Perniagaan

2) Kelas Website - DIY Daripada Jari

3) Kelas Ms Powerpoint – Pengenalan Asas Powerpoint

4) Kelas Website: Bahasa Melayu Online

5) Kelas Powerpoint Dewasa

6) Kelas Basic ICT – Menaip Jawi

7) Kelas Powerpoint Dewasa – Transition & Animation

8) Kelas Basic ICT & Multimedia Dewasa - Email & Canva.com

9) Kelas E-leraning- Laih Tubi Matematik Online

10) Kelas Membuat Resume