dikendalikan oleh   

Event April 2016

Pada Bulan ini Pusat Internet Felda Lenga telah melaksanakan dan terlibat dengan 2 program event bersama komuniti dan 2 lagi program jemputan daripada komuniti. Butiran program tersebut adalah seperti berikut:-

Majlis Maulidur Rasul Peringakat Sekolah, - Program Kerjasama

Program bersama komuniti kali ini telah Berlangsung pada 1 April 2016 di Sekolah Agama Dato' Haji Hassan Yunus bermula jam 8.00 pagi sehingga 12 tengahari dimana acara dimulakan dengan berarak beramai-ramai sambil berselawat nabi , Persembahan para peserta pertandingan berzanji dan bercerita , diikuti ceramah agama daripada penceramah jemputan. Disamping itu, kami dari Pi Felda Lenga mengedarkan risalah berkenaan promosi Pusat Internet dan Kempen Klik Dengan Bijak kepada para Ibu-bapa dan guru.

Pada keesokan harinya 2 April 2016, acara Sempena Maulidur Rasul ini diteruskan dengan pertandingan Mewarna Tahap 1 & 2 di Pusat Internet bermula jam 9.30 pagi hingga10.30 pagi. Acara berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan para peserta.

Jemputan daripada KEMAS:Program K-Library Pusat Sumber KEMAS- Program Jemputan

Program tersebut telah berlangsung di Pusat Sumber KEMAS Kampung Batu 28, Lenga pada 7 April 2016. Kami dari Pi Felda Lenga telah dijemput sebagai juri Pertandingan Mewarna pelajar Tabika dan Pertandingan Membuat Untaian Manik Pelajar PDK didalam Program tersebut. Aturcara program bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari dimana acara lain juga diadakan iaitu ceramah bertajuk Ùéâ”éÂœ Cara mengatasi StressÙéâ”éÂ� daripada Pihak Klinik Kesihatan dan pemeriksaan kesihatan daripada ahli KOSPEN Kampung Batu 28.

Jemputan Program Pemakanan Sihat daripada KEMAS & GPW Felda Lenga- Program Jemputan

Kami petugas Pi Felda Lenga telah dijemput ke program tersebut yang berlangsung pada 16 April 2016 bertempat di Bangunan GPW Felda Lenga. Antara acara yang dijalankan adalah domentrasi 3 menu masakan sihat yang dikendalikan oleh petugas KEMAS sendiri serta seisi pemeriksaan kesihatan daripada AJK Kospen Felda Lenga. Tujuan Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran berkenaan kesihatan dikalangan penduduk Felda Lenga.

"MUSANG BERJANGGUT KDB" - Program PI bersama komuniti

Program ini telah dijalankan pada 30 April 2016 bertempat di Pusat Internet Felda Lenga pada jam 9.30 pagi. Acara bermula dengan taklimat dan tayangan video Slot Klik Dengan Bijak (KDB). Kemudian diteruskan dengan Permainan "MUSANG BERJANGGUT KDB" dimana para peserta diberikan bahan-bahan yang telah bercampur setiap kumpulan dan memerlukan mereka mengasingkan bahan-bahan tersebut mengikut kategori. Peserta yang berjaya mengasingkan bahan-bahan dengan baik dianggap pemenang dan diberi ganjaran saguhati.