dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI DISEMBER 2022

1) Progam Santai bersama Tabika Kemas Felda Lenga

Pada 7 Disember 2022 telah berlangsung Program Santai PEDi Felda Lenga Bersama Tabika Kemas Felda Lenga

2) Advokasi di Karnival Usahawan PEDi Felda Sri Ledang 2022

Pada 18 Disember 2022 Petugas PEDI Felda Lenga telah terlibat memberi taklimat Advokasi yang membawakan kempen daripada SKMM iaitu Slot ‘Klik dengan Bijak’ & ‘KITAR- Peranti lama, Nafas Baru’. Selain itu, PEDi Felda Lenga juga telah membuka booth bagi tujuan mengetengahkan jualan produk usahawan/IKS PEDI.

3) Riadah bersama PEDi @Majlis Apresiasi MBFM Felda Lenga

Pada 30 Disember 2022 PEDI Felda Lenga telah menjalankan Program Riadah bersama PEDi sempena Majlis Apresiasi MBFM Felda Lenga 2022 dimana Program ini adalah anjuran MBFM dengan kerjasama PEDi Felda Lenga.

4) Booth KITAR oleh PEDi Felda Lenga

Pada 31 Disember 2022 PEDI Felda Lenga telah membuka Booth Kempen KITAR ‘Peranti Lama Nafas Baharu’ . Tujuan booth ini untuk memberi pendedahan dan kesedaran komuniti tentang pentingnya menjaga alam sekitar dengan membuang bahan peranti terpakai ke tempat yang sebetulnya.

Booth PEDi ini disertai bersama usahawan - usahawan PEDi sempena Program Apresiasi MBFM Felda Lenga.

Pada hari kejadian juga berlangsungnya perlawanan sukan yang dianjurkan oleh MBFM iaitu Futsal, Sepak Takraw & Bola Jaring

5) Malam Apresiasi MBFM Felda Lenga 2022

Pada malam 31 Disember 2022 berlangsungnya kemuncak Malam Apresiasi MBFM Felda Lenga Anjuran Belia Felda Lenga Dengan Kerjasama PEDi Felda Lenga. Petugas serta Rakan Digital PEDi Felda Lenga telah terlibat pada malam tersebut sebagai urusetia & pengacara Majlis.