dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI DISEMBER 2016

Program Riuh-Riuh Santai Aje

Pada 7 Disember 2016 yang lalu telah berlangsungnya Program Riuh-Riuh Santai Aje anjuran Wanita UMNO Bahagian Pagoh bertempat di Dewan Serbaguna Lenga.Pi Felda Lenga telah bergabung tenaga bersama dengan Pi Pekan Lenga (TM) membuka booth serta menjalankan beberapa aktiviti bagi memeriahkan lagi program tersebut.

Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh Pi Felda Lenga ialah pendaftaran percuma Kelas Usahawan, permainan KDB, Penerangan e-waste mobile & Jualan hasil Usahawan serta Mini Pertandingan Mengira logo KDB.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti tersebut dijalankan:

Program Jom Berkhatan

PPada 16 Disember 2016, Pi Felda Lenga bersama Pi Pekan Lenga telah mendapat jemputan membuka booth di Klinik Kesihatan Lenga sempena dengan Program Jom Berkhatan Perdana. Tujuan membuka booth ini adalah untuk memberi peluang antara staff Pi dengan komuniti beramah mesra selain untuk menarik minat komuniti untuk singgah ke booth Pi.

Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh Pi Felda Lenga ialah pendaftaran percuma Kelas Usahawan, permainan KDB, Penerangan e-waste mobile & permainan KDB

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Program Karnival Ekspresi Anak Muda

Pada 17 & 18 Disember 2016 yang lalu, Karnival Ekspresi Anak Muda anjuran Pemuda UMNO telah diadakan di Felda Lenga. Pusat Internet Felda Lenga telah bekerjasama di dalam karnival ini iaitu telah mengadakan pertandingan Futsal kanak-kanak bawah 13 tahun. Selain itu, terdapat juga beberapa aktiviti yang melibatkan penglibatan komuniti di sini. Antaranya ialah senamrobik, pertandingan futsal dewasa, pertandingan gubahan tuala, pertandingan karaoke, pertandingan carom dan acara sukaneka.

Berikut adalah gambar sepanjang kursus ini dijalankan: