dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI NOVEMBER 2018

Hari Terbuka Bersama Komuniti Pusat Internet Felda Lenga 2018

Pada 3 November 2018 Pusat Internet Felda Lenga telah melangsungkan Hari Terbuka bersama komuniti . Majlis ini telah dirasmikan oleh Wakil Rasmi YB daripada Pusat Komuniti Adun Bukit Kepong Tn Hj Ikhsan Bin Ahmad. Antara acara yang diadakan sempena program ini ialah:

  • - SenamRobik
  • - Sukaneka
  • - Booth Jualan
  • - Pertandikan Masakan
  • - Majlis Perasmian
  • - Penyampaian Sijil 
  • - Gimik Perasmian
  • - Lawatan Ke PI
  • - Jamuan VIP
  • - Penyampaian Hadiah

Kursus Entrepreneurship Maturity Model

Pada 8 November 2018 Petugas Pusat Internet Felda Lenga bersama-sama Petugas Pusat Internet Sri Ledang & Sri Jaya telah menghadiri Kursus Entrepreneurship Maturity Model. Kursus ini telah diadakan selama satu hari di PI Felda Sri Ledang.

Aktiviti Ziarah Kasih

Pada 9 November 2018 Staff Pi Felda Lenga bersama Team Volunteer mengadakan mesyuarat bulanan & Melaksanakan aktiviti menziarah kasih ke rumah pengerusi GPW , Puan Jaliah Ahmad merangkap penasihat Team Volunteer yang telah kehilangan suami (meninggal dunia).

Kursus Ttt Advokasi Pusat Internet Wilayah Selatan

Kursus ini telah dianjurkan oleh pihak SKMM dan dihadiri oleh petugas PI Felda Lenga bersama 25 buah lagi wakil Pusat Internet Seluruh Wilayah Johor. Program ini telah berlangsung di Hotel Millesime, Iskandar Puteri, Johor Baharu pada 12 & 13 November 2018.

Hari Terbuka Bersama Komuniti Pusat Internet Felda Sri Jaya 2018

Pada 24 November 2018 Pusat Internet Felda Sri Jaya pula telah melangsungkan HariTerbuka bersama komuniti . Majlis ini telah dirasmikan oleh Wakil Rasmi YB daripada Pusat Komuniti Adun Bukit Kepong , Tn Hj Ikhsan Bin Ahmad.

Briefing New Advokasi Team Kluster Muar

Staff PI Felda Lenga telah dipertanggungjawabkan untuk memberi penerangan kepada Pusat Internet Kluster Muar mengenai pengisian kursus Advokasi terbaru daripada pihak SKMM. Taklimat tersebut telah di laksanakan di PI Pekan Lenga pada 29 November 2018

KELAS LATIHAN NOVEMBER 2018

Kelas Ict Dewasa

Kelas Latih Tubi Matematik Online

Softskill – Kemahiran Mengapungkan Klip Di Atas Permukaan Air

E-Learning- Mencari Perkataan

Kelas Dewasa – Latihan Excel

E- Learning - Word Search