dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI OKT 2022

1) Program Go Digital Pagoh bersama GrandBlaster

Pada 1 Okt 2022 Salah seorang staff Mewakili PEDI Felda Lenga bertempat di Dewan Pekembar, Pagoh. Program ini adalah Pengenalan sistem pangkalan data yang direka khas untuk kaedah pemasaran dan promosi perniagaan secara berkesan.

2) Program Ziarah Kasih

Pada 4 Okt 2022 satu Program amal telah diadakan anjuran bersama GPW, Team Volunteer & PEDI Felda Lenga bagi bertujuan melawat dan menyampaikan sumbangan ibu tunggal & golongan tidak bernasib baik (masalah kesihatan)

3) Jemputan SK Lenga di dalam Pelancaran TS25

Pada 6 Okt 2022 PEDI Felda Lenga dijemput ke Pelancaran TS25 (ProgramTransformasi Sekolah 2025) dimana tahun ini merupakan giliran kumpulan sekolah ini melancarkan program tersebut.

Ini disebabkan PEDI adalah antara satu rakan strategik yang telah menjalinkan usahasama dengan Sekolah ini Antaranya:
- SK Lenga berkunjung ke PEDI (Kelas Basic Coding)
- Program KDB bersama PEDI di SK Lenga
- Interactive Reading Corner
- Hari Usahawan Sekolah

4) Program Hari Usahawan & Sukan Perpaduan

Pada 20 Oktober 2022 PEDi Felda Lenga selaku Rakan Strategik Sek Keb Lenga telah dijemput ke Program Hari Usahawan komuniti & Sukan Perpaduan Pintar SK Lenga & SJK(C) Lenga.

Sempena Program itu, PEDi Felda Lenga telah membuka booth dan membawakan pelbagai produk usahawan PEDi untuk di ketengahkan dan diniagakan pada hari tersebut.

5) Bengkel Shoot & Edit Video bersama Capcut

Pada 21 Oktober 2022 satu Bengkel Shoot & Edit Video bersama 'Capcut' anjuran PEDi Felda Lenga Kelas ini dijalankan secara "one to one session" bersama salah seorang usahawan PEDI.

Bengkel ini bertujuan untuk menggalakkan usahawan memasarkan produk sendiri dengan cara mengambil gambar atau video sendiri dengan hanya menggunakan smartphone tanpa modal yang besar.

6) Kelas ICT Pelajar sekolah Rendah Tahap 2

Pada 28 Okt 2022 - Kelas ICT Pelajar Sekolah Rendah Tahap 2, mempelajari cara copy paste & insert gambar dari web ke dalam microsoft word

7) Pembaharuan Lesen Perniagaan SSM

Pada 28 Okt 2022 - Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia - PEDi Felda Lenga juga menawarkan perkhidmatan pembaharuan lesen perniagaan SSM melalui online untuk usahawan dan semua pengunjung.

8) Kelas ICT Pelajar Sekolah Rendah Tahap 1

Pada 29 Oktober - Kelas ICT pelajar Sekolah Rendah Tahap 1, mempelajari menaip teks (Biodata Saya)