dikendalikan oleh   

Event Bulan Mac 2016

Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat anjuran Pi Felda Lenga Bersama Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Lenga.

Majlis ini telah Berlangsung pada 13 Mac 2016 di Pi Felda Lenga yang bertujuan untuk memperkenalkan Pi di mata masyarakat dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan komuniti felda. Majlis anjuran bersama ini dihadiri oleh pelbagai golongan umur termasuklah golongan pelajar sekolah dan dewasa. Disamping majlis ini, slot Klik Dengan Bijak juga telah dipertontonkan bagi memberi kesedaran kepada hadirin tentang penggunaan internet dengan selamat dan betul.