dikendalikan oleh   

BERITA DAN AKTIVITI TERKINI MAC 2023

1) Bengkel Fotografi ‘Flat Lay’

Pada 8 Mac 2023 sebuah bengkel Fotografi ' Flat Lay' telah dijalankan di PEDi Felda Lenga . Peserta kelas mempelajari teknik mengambil gambar dengan hasil yang menarik dengan hanya menggunakan smartphone.

2) Santai KDB Bersama PPS SMK Lenga

Pada 9 Mac 2023, Staff PEDi Felda Lenga telah sama-sama mengambil inisiatif menyantuni penghuni PPS (Pusat Penginapan Sementara ) di SMKL yang terkesan akibat banjir di sekitar Mukim Lenga. Sumbangan kecil berbentuk sedikit infak dan tenaga menyediakan santapan malam untuk penghuni di PPS tersebut telah disalurkan . Selain daripada itu PEDi Felda Lenga dengan kerjasama Team Volunteer dan Belia Felda Lenga juga menjalankan aktiviti santai Klik Dengan Bijak & aktiviti lain bagi mengurangkan tekanan dan mengisi masa terluang mereka yang terlibat.

3) Aktiviti Stem – Spaghetti & Mashmallow

Pada 14 Mac 2023 satu Aktiviti Spaghetti & Mashmallow dimana aktiviti ini melibatkan daya kreativiti dan imaginasi membina rangka bangunan atau bentuk dengan menggunakan spaghetti dan mashmallow

4) Live FB Page Mempromosi Produk Usahawan

Pada 17 Mac 2023 telah bersiaran langsung secara santai oleh PEDi Felda Lenga bersama komuniti bagi mengetengahkan produk usahawan.

5)Program Jemputan ‘Back to School’ SMK Lenga

Pada 22 Mac 2023 PEDi Felda Lenga dengan kerjasama Team Volunteer Felda Lenga & PIBGK telah dijemput oleh SMK Lenga bagi pengisian program "Back to School" sempena minggu pertama pembukaan persekolahan baru sesi 2023.

Staff PEDi Felda Lenga mengambil kesempatan untuk menyampaikan sedikit slot taklimat ringkas fungsi PEDi kepada komuniti.

Selain daripada itu, staff PEDi juga terlibat bersama Team Volunteer Felda Lenga didalam pengisian aktiviti yang diaturkan seperti zumba dan acara sukaneka untuk pelajar SMK Lenga.