dikendalikan oleh   

Jamilah Bt Haji Abd Hamid

Umur : 49 tahun
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Berniaga
Pendidikan :
Sekolah Rendah : SK Lenga

    Sekolah Menengah :
  • SMK Lenga (Ting 1 - 3) (SRP - 1979)
  • SMK Sultan Alauddin Riayat Syah 1 (Ting 4 - 5) (SPM - 1981)
  • Maktab Adabi (STPM 1984, calon persendirian)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM , 2001) Ijazah Pengurusan Kerja Sosial

Dengan adanya kemudahan talian internet pada zaman ini, segalanya menjadi mudah. Beliau menggunakan talian internet sebagai salah satu cara untuk mengembangkan serta menambahbaik kekurangan dalam perniagaan beliau. Selain itu, beliau menggunakan talian internet untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan dunia perniagaannya iaitu masakan dan katering.

Cik Jamilah menjadi semakin berpengetahuan dalam bidang yang diceburi sekarang ini setelah mempelajari cara penggunaan internet. Selain itu , beliau juga dapat mengintai-intai kisah kejayaan pesaing beliau melalui alam maya ini membolehkan beliau berkongsi info dan nasihat dari peniaga lain dan menjadikan mereka sebagai sumber inspirasi saya untuk berjaya.

Latar belakang kedai
Ketika di dapur
Semasa di dapur
Sedang menyiapkan pesanan pelanggan
Jamilah

Raha Binti Aziz

Umur : 42 tahun
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Pengusaha Cendawan

Pendidikan
Sekolah Rendah : SRK LKTP BATU 27
Sekolah Menengah : SMK Lenga (SPM)

Beliau menggunakan talian internet sebagai salah satu cara untuk mengembangkan serta menambahbaik kekurangan dalam perniagaan beliau . Selain itu, saya menggunakan talian internet untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan perusahaan cendawan tiram seperti mencari pembekal, bahan mentah dan peralatan.

Beliau dapat berkongsi kisah kejayaan usahawan lain melalui alam maya ini dan menajdikan meraka sebagai sumber inspirasi saya untuk berjaya.

Puan Ruhaida Binti Hj. Daud.

Eyda Homecake Enterprise

Alamat
Kampung Saujana Batu 29
Lenga
84040 Muar Johor

EYDA HOMECAKE merupakan perniagaan roti, kek dan pastri buatan sendiri yang diusahakan oleh seorang wanita muda berusia 30 tahun yang berjiwa kental dan bersemangat tinggi. Hanya beroperasi di rumahnya iaitu terletak diKampung Saujana, Lenga juga berjalan secara sambilan dan kecil-kecilan yang telah berkecimpung sejak 3 tahun lalu sehingga kini. Berbekalkan minat dan ilmu didada yang di timba diserata tempat, tidak hairanlah air tangan beliau mendapat tempat di hati penggemar kek, roti dan pastri. Berbaloi dengan harga yang dikenakan, hasil tangannya kini menjadi buah mulut penduduk yang semakin hari semakin meningkat dan beliau sendiri seperti "tidak cukup tangan"آ� untuk memenuhi permintaan penggemar keknya.

Beliau yang bertugas sebagai kerani di salah sebuah pusat penimbangan kelapa sawit di kawasan yang berhampiran menjadikan suami dan keluarganya sebagai penguat semangat dan tulang belakangnya untuk lebih berjaya dalam bidang bakeri ini pada masa akan datang. Wanita gigih ini juga hanya menggunakan wang simpanan sendiri dan hasil sumbangan daripada keluarga terdekat bagi memulakan perniagaan, membina dapur, dan membeli peralatan sendiri untuk memudahkan beliau menjalankan aktiviti bakerinya itu.memandangkan agak sukar dan terpaksa menunggu masa yang lama untuk mendapat bantuan atau sumbangan daripada badan-badan berkaitan. Berkat kegigihan dan kesabarannya itu, aktiviti membuat kek yang pada mulanya hanya sebagai hobi di masa lapang, akhirnya menjadi perniagaan kecil-kecilan dan sumber penambah pendapatan ekonominya.

Kisah kejayaan

Beliau berpendapat dengan menggunakan kemudahan talian internet pada zaman ini, segalanya menjadi mudah selain dapat menambahbaik kekurangan dalam perniagaannya serta mencari maklumat yang berkaitan dengan dunia perniagaannya.

Beliau juga menjadi semakin berpengetahuan dalam bidang yang diceburi dan dapat berkongsi kisah kejayaan dengan rakan seperjuangannya didalam bidang bakeri dan pastri ini.

Puan Ruhaida Binti Haji Daud pemilik Eyda Homecake.
Antara Kursus yang dihadiri bersama rakan-rakan seperjuangan.
Antara Kursus yang dihadiri bersama rakan-rakan seperjuangan.
Suasana tempat penyediaan bakeri beliau
Antara hasil tangan beliau yang telah dikomersialkan.

Puan Sebarinah Abdul Razak

Sebarinah Craft

Alamat
No.163 , Felda Lenga Batu 27
84040 Muar Johor

Sebarinah Craft merupakan satu perniagaan kraftangan secara kecil-kecilan yang diusahakan sendiri dirumah pemilik dan hasil kraftangan tersebut dipasarkan melalui online, secara langsung dan dipamerkan di booth-booth karnival.

Perniagaan ini diusahakan oleh seorang wanita muda berusia 27 tahun yang begitu minat dengan seni kraftangan. Beliau adalah seorang surirumah yang telah berkecimpung didalam bidang ini sejak 2010 dimana produk pertama yang dihasilkan oleh beliau ialah sarung kotak tisu. Kemudian, lama-kelamaan beliau telah mempertingkatkan kemahirannya dengan menghasilkan kraftangan bantal, key chain, dan penanda buku yang dipelajari dan direkaciptanya sendiri mengikut kreativiti beliau.

Beliau menjadikan suami dan keluarnganya sebagai pendorong dan pemberi semangat kepadanya untuk meneruskan perniagaan yang diminatinya. Mengimbau kembali kisah bermula usaha beliau untuk berniaga, dengan berbekalkan modal permulaan sebanyak RM100, beliau sedikit demi sedikit membeli mesin kraft, alat pemotong kain dan barang-barang lain.Kemudian, hasil jualan yang diperolehinya digunakan untuk membeli bahan-bahan kraftnya daripada pembekal yang meletakkan harga yang jauh lebih murah.

Kisah kejayaan

Beliau berpendapat dengan menggunakan kemudahan talian internet pada zaman ini, segalanya menjadi mudah selain dapat menambahbaik kekurangan dalam perniagaannya serta mencari maklumat yang berkaitan dengan dunia perniagaannya . Beliau juga menjadi semakin berpengetahuan dalam bidang yang diceburi dan dapat berkongsi kisah kejayaan dengan rakan seperjuangannya didalam kraftangan ini.

Puan Sebarinah dan Nama Perniagaan beliau.
Contoh cara perniagaanya dipamerkan
Produk pertama yang dihasilkab iaitu sarung kotak tisu.
Antara hasil kraft beliau yang telah dikomersialkan.
Antara hasil kraft beliau yang telah dikomersialkan.
Antara hasil kraft beliau yang telah dikomersialkan.

Encik Mohd Zulkarnain Bin Ali Hassan@Ali

Dق│└Nain Farm Enterprise

Alamat
Pusat Ternakan & Jualan Lembu dan kambing
Plot 3, TKPM Stulang Gajah
85000 Lenga, Muar Johor

D'Nain Farm Enterprise merupakan perusahaan penternakan yang diterajui oleh seorang penternak bumiputera kelahiran anak Felda Lenga. Beliau yang berusia 35 tahun berkelulusan Diploma Sains Komputer & IT. Namun minat terhadap haiwan dan dunia penternakan telah membuatkan beliau nekad untuk terus berkecimpung dalam perusahaan ini. Lokasi ternakan beliau beroperasi ditanah rezab yang dimohonnya sejak 2005 dan bermula dengan ternakan kecil-kecilan iaitu 25 ekor kambing dan 5 ekor lembu. Dari tahun ke tahun hasil ternakan beliau meningkat ke 50 ekor lembu dan 80 ekor.

Beliau yang bertugas sepenuh masa di kandangnya menjaga dan memantau kesemua haiwan ternakannya dengan dibantu oleh seorang pembantu. Walaupun dihambat dengan pelbagai ujian dan cabaran dalam selok-belok perusahaan ternakan ini, namun jatuh bangunnya beliau telah disokong oleh keluarga dan rakan seperjuangannya. Malah, merekalah yang telah memberi sokongan dan penguat semangat untuk lebih berjaya. Berkat usaha gigih beliau, hasil ternakannya telah membuahkan hasil diantaranya untuk jualan kurban, aqiqah, kenduri kendara dan majlis-majlis.

Kisah kejayaan

Beliau berpendapat dengan menggunakan kemudahan talian internet pada zaman ini, segalanya menjadi mudah selain dapat menambahbaik kekurangan dalam perniagaannya serta mencari maklumat yang berkaitan dengan dunia perniagaannya.

Beliau juga menjadi semakin berpengetahuan dalam bidang yang diceburi dan dapat berkongsi kisah kejayaan dengan rakan seperjuangannya didalam bidang penternakan ini.

Encik Mohd Zulkarnain bersama signboard syarikat beliau
Antara lembu-lembu ternakannya
Antara kambing-kambing ternakannya
Tugas harian beliau dan hasil sembelihan ternakan beliau.
Tugas harian beliau dan hasil sembelihan ternakan beliau.