dikendalikan oleh   

BERITA DAN AKTIVITI TERKINI APRIL 2023

1) Majlis Khatam Al-Quran & Kuiz Tazkirah

Pada 8 April 2023 sebuah Majlis Khatam Al-Quran & Kuiz Tazkirah yang telah berlangsung di Masjid Al Falah Felda Lenga, anjuran Group Cinta Quran Bersama GPW Felda Lenga degan kerjasama Pusat Ekonomi Digital - PEDi Felda Lenga. Petugas PEDi telah dijemput sebagai pengacara majlis bagi mengendalikan program acara Khatam Al-Quran dan seterusnya tazkirah daripada Ustazah jemputan . Kemudian, Pihak PEDi juga telah menjalankan acara kuiz berdasarkan tazkirah tersebut.

2) Kursus Online Tatacara Permohonan Sijil Halal JAKIM

9 April 2023- Kursus Online Tatacara Permohonan Sijil Halal JAKIM dikendalikan oleh Sekolah Sijil Pengendalian Makanan NZ Bunga Venture dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital - PEDi Felda Lenga & PEDi - PEDi lain. Kursus ini merupakan pengenalan tentang pensijilan halal & tatacara permohonan untuk mendapatkan sijil halal dari JAKIM.

3) Program Kacau Bubur

10 April 2023- Program Imarahkan Ramadhan ~ "Mengacau Bubur" anjuran bersama Gerakan Persatuan Wanita (GPW) & Pusat Ekonomi Digital - PEDi Felda Lenga . Menu masakan bubur didalam program ini ialah bubur pulut hitam dimana hasilnya telah diagih-agihkan kepada komuniti Felda Lenga.

4) Program #MyQuranTime

13 April 2023- Sempena World #QuranHour2023, Pusat Ekonomi Digital - PEDi Felda Lenga menyahut seruan mengadakan Program #MyQuranTime bersama jemputan ahli Group Cinta Al Quran Felda Lenga . Program dimulakan dengan bacaan doa dan Jemputan membacakan surah Al- Baqarah ayat 1-286 secara bergilir melalui Al- Quran Online Quran.com