dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI MEI 2019

1) Program Celik It Fasa I Bersama Komuniti Orang Asli , Kampung Sentosa , Lenga

Program ini telah dilaksanakan pada 04 Mei 2019 dan dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Lenga . Ia merupakan program kesinambungan program Jalinan Mesra bersama komuniti ini yang telah dilaksanakan pada bulan April yang lepas.

Antara aktiviti yang dijalankan:

  1. Seisi perkenalan, penerangan fungsi & perkhidmatan Pusat Internet
  2. Taklimat ringkas kempen MCMC; Mobile E- waste
  3. Aktiviti Training Room; Pengenalan Asas Microsoft Office, Kemahiran Menaip, E-learning, Basic ICT , Latih Tubi Online, Penggunaan Website & Kuiz Online.
  4. Taklimat ringkas & tayangan video kempen MCMC; Klik Dengan Bijak

2) Program Celik It Fasa II Bersama Komuniti Orang Asli, Kampung Sentosa, Lenga

Celik IT Fasa II ini juga adalah anjuran PI Felda Lenga yang diadakan pada 11 Mei 2019. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Pengenalan Asas Microsoft Office, Kemahiran Menaip, E-learning & Penggunaan Website.

3) Program Bubur Lambuk

Pada 17 Mei 2019 sempena bulan Ramadhan satu Program Bubur Lambuk Relasis UTHM dengan kerjasama Pusat Internet Felda Lenga telah dijalankan di Masjid Al Falah Felda Lenga.

Program ini juga telah di lawati oleh Isteri Menteri Besar Johor Datin Dr Nila Armila Hj Mokdan yang juga kebetulan singgah setelah usai program Ziarah Kasih sekitar Felda Lenga daripada Kumpulan Jasmin dibawah naungan beliau.

4) Slot Advokasi Di Program Bubur Lambuk Relasis UTHM

Pada 17 Mei 2019 juga satu Slot aktiviti Advokasi yang telah dibawakan Oleh Pusat Internet Felda Lenga di Program Bubur Lambuk bersama Relasis UTHM. Antara tentatif slot tersebut ialah:

  1. Pengenalan Fungsi & Perkhidmatan Pusat Internet
  2. Peranan & kempen MCMC seperti Klik Dengan Bijak & sebenarnya.my
  3. Aktiviti ringkas - KDB Ramadhan Word search

5) Program Semarak Ramadhan Sempena Nuzul Quran

Program ini telah dianjurkan Oleh Pusat Internet Felda Lenga pada 22 Mei 2019. Acara program adalah seperti berikut:

  1. Peserta memperdengarkan bacaan Ayat suci Al-Quran daripada surah An-Nisa' menerusi Al Quran online.
  2. Tazkirah Ramadhan daripada Youtube.
  3. Taklimat ringkas kempen https://sebenarnya.my/

KELAS LATIHAN MEI 2019

1) Kelas E-Learning - Spelling Bee

2) Kelas Website - Ulangkaji Sains

3) Kelas E-Learning- Zilladog.Com

4) Kelas Ms Publisher – Merekabentuk Label Produk

5) Kelas MS Excel Dewasa

6) Kelas Ms Word- Membuat Kad Hari Lahir

7) Kelas Website- Frog VLE

8) Kelas Multimedia - Typografi

9) Kelas Softskill- Kemahiran Memberi Arahan