dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI JULAI 2018

Sambutan Aidilfitri Perdana Bersama Pejabat Felda Lenga

Pada 8 Julai 2018 Sambutan Hari Raya Perdana telah diadakan di Dataran Felda Lenga. Staff Pusat Internet Felda Lenga telah sama- sama turut serta membuka gerai Mee Kari sebagai juadah sampingan pada majlis itu . Selain daripada itu, Pusat Internet Felda Lenga juga telah menganjurkan pertandingan Variasi Rendang, Karaoke Raya & Gerai Tercantik.

Mesyuarat Bersama Wakil Pegawai Khas Yb Dr Sahruddin Jamal

Mesyuarat tersebut telah berlangsung pada 19 Julai 2018 di Pejabat Pusat Khidmat Komuniti Dun Bukit kepong bersama Encik Zaaba Bin Mohon Pegawai Khas merangkap


PA YB Dr. Sahruddin Jamal. Tujuan mesyuarat ini adalah bagi membincangkan aktiviti dan program yang bakal ada kerjasama dengan Team Pusat Internet Redtone serta memperkenalkan fungsi Pusat Internet kepada komuniti.

Kelas Pengurusan Jenazah

Pada 22 Julai 2018, Kesinambungan Kelas Jenazah sebelum ini telah diadakan di PI Felda Lenga. Staff PI Felda Lenga terlibat sepenuhnya di dalam kelas ini sebagai penambahan ilmu yang bermanfaat dan sebagai penglibatan aktiviti bersama masyarakat.

Kunjungan Balas Daripada Pa Yb, Encik Zaaba

Kunjungan ini telah berlangsung pada 26 Julai 2018 oleh Wakil Pegawai Khas merangkap PA YB iaitu Encik Zaaba Mohon bersama krew ke Pusat Internet Felda Lenga. Team PI Redtone telah menyambut kunjungan mereka dengan pengenalan fungsi PI dan tayangan video Profil PI & Kisah Kejayaan Usahawan PI.

KELAS LATIHAN JULAI 2018

Kelas E-Learning Astro Tutor

Kelas Microsoft Powerpoint - Kajian Sejarah

Kelas Cross Number Puzzle & Quiz Sifir

Kelas Website- Spa8

Kelas Sains Pdf- Menambah Perkataan & Mengubah Warna Perkataan

Kelas Ms Word Membina Ayat Berdasarkan Gambar

Kelas  Kelas e-Learning : Mathplayground

Kelas Ms Powerpoint -Mereka Kulit Buku Cerita Dongeng Kanak-Kanak

Kelas Membuat Jadual Senarai Nama

Kelas Jadual Pemakanan Sihat

Kelas Basic ICT Dewasa