dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI NOVEMBER 2017

Program Hari Usahawan Sk Kg Baharu, Batu 28

Pada 12 November 2017, PI Felda Lenga dengan kerjasama PI Pekan Lenga & Sri Ledang telah , membuka Booth & Pameran Advokasi sempena program Hari Usahawan di Sekolah Kebangsaan Kg Baharu, Batu 28. Antara Aktiviti dijalankan adalah promosi ahli Pi, Kuiz Advokasi & teka logo .

Majlis Perasmian & Hari Bersama Komuniti Pi Sri Ledang

Majlis ini telah berlangsung pada 17 November 2017 yang telah disempurnakan oleh YB Tn Hj Ismail Bin Mohamed, Adun Bukit Serampang, Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Johor. PI Felda Lenga telah terlibat didalam slot Advokasi bersama Komuniti Felda Sri Ledang. Aktiviti Slot Advokasi tersebut termasuklah taklimat & Kuiz berkenaan dengan Klik dengan Bijak, Mobile e-Waste & Check Your Label.

Program Kelas E-Usahawan

Pada 18 November 2017 Pi Felda Lenga telah menganjurkan Kelas e-usahawan dengan kerjasama MDEC & K1M Mukim Lenga. Seramai 30 orang peserta IKS seluruh Mukim Lenga telah menyertai program yang diadakan di Pi Felda Lenga sendiri.

Lawatan Skmm Hq Ke Pi Redtone

Tarikh : 24 November
Tempat : Pi Felda Lenga, Sri Jaya & Sri Ledang

Program Jemputan Relalis Uthm & Felda Lenga

Pada 24 & 25 November 2017 Pi Felda Lenga telah dijemput ke Majlis Malam Kebudayaan Relalis UTHM dan Perasmian Penutup yang dirasmikan oleh YB Tn Hj Ismail Bin Mohamed, Adun Bukit Serampang, Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Johor. Program tersebut adalah bertujuan menjalinkan hubungan pelajar UTHM sebagai anak angkat kepada Komuniti Felda Lenga. Disamping itu Team Relalis UHTM juga berbesar hati melawat Pi Felda Lenga & Menggunakan perkhidmatan yang disediakan bagi menyiapkan persediaan majlis perasmian mereka.