dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI DISEMBER 2018

Hari Terbuka Bersama Komuniti Pusat Internet Felda Sri Ledang 2018

Pada 8 Disember 2018 Staff PI Felda Lenga telah bersama-sama Team PI Redtone yang lain berganding bahu memastikan program tersebut berjalan lancar . Majlis ini telah dirasmikan oleh Wakil Rasmi YB daripada Pusat Komuniti Adun Bukit Kepong Tn Hj Ikhsan Bin Ahmad. Antara acara yang diadakan sempena program ini ialah:

  • * Sukaneka
  • * Booth Jualan
  • * Pertandikan Masakan & Gubahan
  • * Majlis Perasmian
  • * Teka Jumlah Gula-Gula
  • * Pertandingan Karaoke Ke laut
  • * Lawatan Ke PI
  • * Jamuan VIP
  • * Penyampaian Hadiah

Program Jom Sihat Pi Pekan Lenga

Pada 16 Disember 2018 Petugas PI Felda Lenga telah di jemput untuk sama-sama meriahkan majlis di Program Jom Sihat Anjuran PI Pekan Lenga . Program ini bertujuan untuk menggalakkan komuniti melaksanakan gaya hidup yang sihat pada kehidupan mereka. Selitan program tersebut sedikit taklimat ringkas Klik Dengan Bijak telah diberikan kepada i kalangan ibu bapa & anak-anak.

Training Q4 Di Pi Felda Lenga

Pada 28 Disember 2018 Kursus Entrepreneurship Maturity Model Part 2 telah diadakan pula di PI Felda Lenga dimana kursus ini adalah kesinambungan modul Kursus Entrepreneurship Maturity Model Part 1.

Mini Program Bersama Komuniti & Pi Felda Lenga

Program ini bersempena “kembali ke sekolah” yang telah diadakan di PI Felda Lenga pada 31 Disember 2018. Program ini telah disertai oleh kalangan ibu-ibu & semua ahli PI Felda Lenga. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan antaranya pertandingan typing test & mewarna dewasa & kanak-kanak. Selain itu, selitan tayangan video Klik Dengan Bijak bagi memebri kesedaran tentang tanggungjawab menggunakan internet dengan selamat.

KELAS LATIHAN DISEMBER 2018

Kelas Ict – Latihan Kata

Kelas Multimedia – Edit Muka

Origami – Lipatan Kaktus Dan Pasu

Kelas Ms Paint – Hidden Picture

Kelas Ms Word - Kemahiran Menaip Teks

Kelas Ms Excel- Ice Breaker Bingo

Kelas Website- Vocabulary, Woksheet

Kelas Website –Mengenali Peta Malaysia

Soft Skill – Asal Usul Saya

Kelas- Ms Publisher, Poster Kenali Diri Sendiri

Kelas e-Learning , Jigsaw Puzzle, Klik Dengan Bijak