dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI JUN 2016

Mini Sukaneka Pi Felda Lenga

Sempena dengan hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada 4 Jun 2016 yang lepas, pihak Pi Felda Lenga telah mengadakan mini sukaneka untuk komuniti di sini.Mini sukaneka ini diadakan sebagai salah satu cara untuk merapatkan hubungan antara komuniti dengan staf Pi.Antara sukaneka yang diadakan adalah tiup belon, pancing botol, mencari harta karun, baling-baling sayang dan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.Para peserta berasa gembira dan seronok dengan aktiviti yang diadakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Aktiviti KDB : Mission Imposibble

Pada 11 Jun yang lalu, pihak Pi Felda Lenga telah mengadakan aktiviti ringkas yang berkaitan dengan Klik Dengan Bijak (KDB).Elemen dalam aktiviti KDB ini memerlukan para pengguna media sosial untuk berhati-hati dan berwaspada dengan segala berita yang diterima di internet.

Cara aktiviti KDB ini dijalankan adalah dengan menutup mata peserta untuk melalui jalan yang telah ditetapkan.Peserta akan bergerak berpandukan arahan dari rakan-rakan yang lain.Pengajaran yang boleh diperolehi adalah perlu mengenali rakan di laman sosial dengan lebih teliti bagi mengelakkan ditipu kerana tidak semuanya boleh dipercayai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Taklimat Pemaju Masyarakat Kemas

Pada 15 Jun 2016, para Pemaju Masyarakat KEMAS sekitar Mukim Lenga telah menggunakan bilik latihan Pi Felda Lenga bagi membincangkan laporan tugasan mereka.Mereka menggunakan kemudahan yang ada di Pi untuk memudahkan perbincangan serta melancarkan tugasan mereka.

Program Kesedaran Di Bulan Ramadhan - Tayangan Cerita

Pi Felda Lenga telah mengadakan program kesedaran di bulan Ramadhan dengan menayangkan filem Munafik pada 18 Jun 2016 yang lalu.Tujuan tayangan ini diadakan adalah untuk memberi pengajaran dan kesedaran kepada pengguna berkaitan dengan pegangan agama di mana ianya tidak boleh di pandang sambil lewa.

Berikut adalah gambar sepanjang tayangan cerita :

Program Bubur Lambuk Sempena Ramadhan Al-Mubarak

Program ini telah berlangsung pada 19 Jun 2016 di Masjid Jamek Felda Lenga dimana ianya merupakan program kerjasama antara Pi Felda Lenga & pihak AJK Masjid Jamek Felda Lenga . Hasil bubur tersebut telah diagih-agihkan kepada penduduk Felda Lenga

Aktiviti Deko Hari Raya Di Pi

Aktiviti mendekorasi Pi sempena Hari Raya Aidilfitri ini telah dilakukan bersama pengguna Pi pada 24 Jun 2016.

Jemputan Program "Bubur Pedas" Bersama GPW Felda Lenga

Pihak GPW Felda Lenga telah menjemput kami Pi Felda Lenga untuk sama-sama menyertai Program "Bubur Pedas" pada 25 Jun 2016 bertempat di rumah salah seorang AJK GPW. Bubur-bubur tersebut telah diagih-agihkan kepada seluruh penduduk Felda Lenga.

Program Ziarah Kasih Bersama GPW & Felda Lenga

Program kerjasama antara GPW & Pi Felda Lenga ini telah berlangsung pada 26 Jun 2016 dimana lawatan dan sedikit cenderahati telah disumbangkan kepada golongan Warga Emas/ Uzur sekitar Felda Lenga.