dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI SEPTEMBER 2016

Explorace Merdeka @ Pi

Pada 10 September 2016, Pi Felda Lenga telah mengadakan Explorace Malaysia@Pi bersempena dengan sambutan Hari Malaysia. Aktiviti explorace di sertai oleh pengguna yang berumur 11 tahun ke atas. Explorace Merdeka@Pi diadakan adalah untuk menguji kecergasan dan kecerdasan peserta dalam mencari serta menjawab soalan yang disembunyikan. Soalan-soalan di dalam aktiviti explorace ini adalah berteraskan sejarah dan pengetahuan am berkaitan dengan negara kita, Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti tersebut dijalankan:

Puzzle Malaysia @ Pi

Pada 10 September 2016 juga, telah diadakan aktiviti Puzzle Malaysia@Pi. Aktiviti ini disertai oleh pelajar-pelajar tahap 1. Di dalam aktiviti ini, peserta di minta untuk menyusun kepingan-kepingan gambar untuk mengetahui bangunan-bangunan bersejarah yang ada di dalam Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Program World Al-Quran Hour

Program World Al-Quran Hour ini telah diadakan pada 11 September 2016 bertempat di Pi Felda Lenga.Program ini diadakan adalah sebagai menyahut kempen membaca Al-Quran selama sejam pada 9 Zulhijjah 1437H. Peserta-peserta yang menyertai program ini telah membaca ayat suci Al-Quran iaitu Surah Yassin secara online beserta dengan terjemahannya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: