dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI MEI 2018

Kursus Kemahiran Komunikasi & Khidmat Pelanggan

Pada 3 Mei 2018 semua staff Pi Redtone telah menghadiri kursus ini di Pi Felda Lenga.

Program Jelajah Sebenarnya.my

Pada 5 Mei 2018 Staff Pi Felda Lenga telah dijemput untuk menyertai Program anjuran SKMM iaitu Jelajah sebenarnya.my di Dataran Felda Lenga. Tajuk forum “Berita Palsu Musuh Negara” itu telah di sampaikan oleh ahli panel penceramah Yang Berbahagia Ustaz Badli Shah Bin Alauddin.

Program Hari Terbuka Bersama Komuniti Pi @tm

Program hari terbuka bersama komuniti ini adalah anjuaran gabungan team Pi TM parlimen Pagoh iaitu Pi Pagoh Jaya, Pekan Lenga, Maokil & Kg Raja. Pi Felda Lenga telah dijemput untuk turut serta bersama-sama dalam program tersebut sebagai sokongan dan menjalankan tugas-tugas yang telah diberi. Program ini telah berlangsung pada 6/5/2018 bertempat di Pi Pekan Lenga.

Pertandingan Mewarna Sempena Program Motocross Pagoh MX #67 Fellowship Ride 2018

Pada 12 Mei 2018 Pi Felda Lenga telah terlibat sebagai lokasi sampingan acara pertandingan mewarna kanak-kanak di dalam Program ini. Selain itu, Petugas Pi juga telah terlibat menjalankan tugas sebagai urusetia di dalam Pogram tersebut.

Kelas Fardhu Kifayah- Pengurusan Jenazah

Pi Felda Lenga sekali lagi dipilih sebagai lokasi Kelas Pengurusan Jenazah pada 13 Mei 2018. Seperti biasa ahli kelas dihadiri oleh komuniti daripada JKKK Wanita Felda Lenga. Kelas ini bertujuan bagi memberi pendedahan yang mendalam tentang selok belok pengurusan jenazah dan sebagai memberi manfaat ilmu kepada pelapis-pelapis yang akan datang.

Sambutan Hari Guru SKLTP 2018

Sempena Hari Guru tahun ini Petugas Pi selaku ahli Sukarelawati SKLTP telah terlibat sebagai urusetia acara sempena Sambutan Hari Guru SKLTP 2018. Pelbagai Acara untuk para guru pada program tersebut.

KELAS LATIHAN MEI 2018

Kelas Online Latih Tubi Bahasa Melayu

Kuiz Matematik Berwarna Part 1

Kuiz Matematik Berwarna Part 2

Kelas Fertagasi Menanam Pokok Cili

Kelas Origami Bunga Tulip

Kelas Microsoft Word – Penggunaan Capslock

Kelas E-learning- Typing Class

Kelas Softskill- Menguji Tahap Pengiraan Matematik

Kelas Origami Paper Bag