dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI MAC 2018

Program Bicara Semasa Bersama Kemas & Gpw Felda Lenga

Petugas Pi Felda Lenga telah dijemput ke Program ini bagi sama-sama mendengar tazkirah berkenaan isu semasa negara yang disampaikan oleh Encik Hairul Nizam, Pegawai daripada KEMAS Parlimen Pagoh. Program tersebut telah berlangsung di Bangunan GPW Felda Lenga Pada 7 Mac 2018 Jam 2.30 petang.

Kelas Fardhu Kifayah – Pengurusan Jenazah & Tayangan Advokasi Sebenarnya.my

Aktivii ini telah dijalankan pada 11 Mac 2018 di Pi Felda Lenga. Kelas Fardhu Kifayah ini telah dibimbing oleh Ustazah Zabidah Othman daripada Pejabat Agama Islam, Muar. Selasai Slot Kelas Jenazah, Tayangan Video Advokasi berkenaan topik sebenarnya.my ditayangkan bagi memberi pendedahan tentang kesedaran menyebarkan berita palsu atau benar didalam media sosial.

Majlis Wirid Haujakan Mukim Lenga

Petugas Pi Felda Lenga yang juga merupakan AJK IT telah dijemput oleh K1M Mukim Lenga ke Majlis ini yang berlangsung di Masjid Jamek Pekan Lenga pada 20 Mac 2018. Majlis ini di ketuai oleh Ustaz Hj Ahmad bin Tunggal YDP Haujakan Daerah Muar Johor dan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Muar iaitu Tuan Haji Onn Bin Jabbar @ Jaafar. Majlis ini adalah Majlis agama yang dianjurkan oleh AJK Harmoni K1M Mukim Lenga, diadakan pada setiap bulan di sekitar Masjid-Masjid Mukim Lenga secara bergilir-gilir.

Program Kesejahteraan Keluarga Bersama PDK Lenga

Pada 21 Mac 2018 PDK Lenga bersama angkatan tenaga pengajar KEMAS Parlimen Pagoh yang telah mengundang Pi Felda Lenga di dalam Program Kesejahteraan Keluarga . Aktiviti yang dijalankan adalah cara membuat bunga tulip menggunakan kain perca. Objektif program adalah memupuk minat untuk berkraftangan dan hasilnya boleh menjana pendapatan keluarga. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Azhari Bidin, Penghulu Mukim Lenga.

Jigsaw Puzzle Challenge

Pertandingan Puzzle Online ini telah berlangsung pada 25 Mac 2018 bertempat di Pi Felda Lenga . Seramai 7 orang peserta telah mengambil bahagian dalam acara ini. Tujuan aktiviti diadakan adalah untuk menguji kecekapan menyusun suai gambar melalui atas talian. Hadiah juga telah disediakan bagi setiap pemenang.

Tahlil Dan Kelas Fardhu Kifayah II

25 Mac 2018 juag pada sebelah petang telah diadakan juga Kesinambungan Kelas Fardhu Kifayah - Pengurusan Jenazah & Tahlil bertempat di Pi Felda Lenga. Seramai 20 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program ini.

Mini Karnival Permuafakatan

Pada 31 Mac 2018 Pi Felda Lenga bersama Pi Pekan Lenga telah dijemput dan diberi peluang mengendalikan salah satu acara aktiviti bersama komuniti di dalam Program Mini Karnival Pemuafakatan JPKRT Parlimen Pagoh 2018 yang bertempat di Balai Raya Kampung Batu 28 Mukim Lenga. Aktiviti yang dijalankan adalah Permainan Advokasi "Musang Berjanggut" & Kuiz Mencari Perkataan. Program ini telah dirasmikan Oleh YB Tuan Hj Ismail Bin Mohamed Exco Pertanian Industri Asas Tani Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Negeri Johor merangkap ADUN Bukit Serampang.

KELAS LATIHAN MAC 2018

Kelas Microsoft Excel - Membina Jadual Perbelanjaan Harian

Kelas Multimedia & Website – Hari Kanser Sedunia - Mempelajari membuat poster di atas talian

Kelas Microsoft Word- Tugasan Sekolah :membuat Cerpen

Kelas Dewasa- Microsoft Word- Mempelajari Membuat Resume

Kelas Diy- Softskill – How To Make A Pencil Cup Holder

Kelas Advokasi- Klik Dengan Bijak

Kelas E- Learning- Hidden Object

Kelas Origami Bebas

Kelas E-learning – upsronline

Kelas Website- Membaca Suratkhabar Online