dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI OGOS 2020

1) Aktiviti Gotong Royong bersama Team Volunteer

Pada 7 Ogos 2020 bertempat di Pusat Internet Felda Lenga telah diadakan aktiviti gotong-royong bersama Team Volunteer Felda Lenga. Aktiviti ini merupakan langkah permulaan program bersama komuniti selepas PKP yang bertujuan memupuk semangat kerjasama dan cintakan alam sekitar.

2) Aktiviti Membuat DIY Sticker

Pada 21 Ogos 2020 Pusat Internet Felda Lenga telah menganjurkan aktiviti kreativiti membuat DIY sticker. Peserta telah diberikan pendedahan tentang cara membuat label sendiri disamping itu dengan cara ini mereka boleh berjimat dan tidak perlu menempah stiker di pasaran.

3) Program Penyerahan Jalur Gemilang

Satu majlis penyerahan Jalur Gemilang telah diadakan pada malam 21 Ogos 2020 daripada MPKK Felda Lenga kepada Badan-Badan Komuniti termasuklah Pusat Internet Felda Lenga sempena Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2020. Pusat Internet Felda Lenga mengambil peluang ini untuk memasang bendera Malaysia di perkarangan Pusat Internet sebagai tanda semangat patriotik & Cintakan Negara.

4) Program Berjalan 10,000 Langkah & Sayangi Alam Sekitar.

Program 10,000 langkah sambil bergotong royong mengutip sampah ini telah diadakan pada 30 Ogos 2020. Program ini adalah anjuran GPW Felda Lenga dengan kerjasama Pusat Internet Felda Lenga.

Tentatif Program
- Berkumpul dan pendaftaran di GPW
- Senaman Ringan
- Berjalan 10ribu langkah sambil mengutip sampah
- Berkumpul semula di GPW, Minum pagi
- Aktiviti Mewarna Kanak-Kanak Tabika
- Kuiz Kemerdekaan
- Bacaan Ikrar oleh kanak-kanak Tabika Ikrar & Nyanyian Lagu Patriotik

KELAS OGOS 2020

1) Kelas Powerpoint – Logo & Tema Kemerdekaan 1990-2020

2) Kelas Online Quiziz Kemerdekaan