dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI MEI 2022

1.) Pertandingan Wheel Of Fortune (WOF)

WOF merupakan permainan teka perkataan secara online berdasarkan kata kunci yang diberi di setiap siri.. Permainan WOF akan mempunyai 10 siri semuanya.

2) Taklimat Pengurusan Program & KPI Pedi

Pada 16 & 17 Mei 2022 wakil Pengurus PEDI Felda Lenga telah menghadiri Taklimat Pengurusan Program & KPI PEDI negeri Johor.

3) Lawatan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lenga

23 Mei 2022 PEDI Felda Lenga telah menerima kunjungan daripada Guru Besar SK Lenga, Cikgu Halid Tandang bagi membincangkan beberapa program kolabrasi yang bakal diadakan. Antara plan programnya: Program Klik Dengan Bijak & Interactive Reading Corner HIP -FINCO

4) Santai Raya Bersama Pedi Felda Lenga

Pada 28 Mei 2022 Jamuan Santai Raya Bersama PEDI Felda Lenga . Antara Pengisian Program selain Jamuan Raya :

  • - Marhaban Raya & Doa Selamat yang diketuai Imam 1 Felda Lenga, Tuan Rabu Bin Aman.
  • - Slot Tik Tok bersama Usahawan & Komuniti.
  • - Cabutan Bertuah.
  • - Penyampaian Hadiah Pertandingan Wheel of Fortune ( Online) & Pertandingan Fotografi ( Teknik Flat Lay) bertemakan Hari Raya.
  • - Taklimat Bersama Usahawan PEDI Felda Lenga.
  • - Slot Klik Dengan Bijak

5) Pertandingan Fotografi ( Teknik Flat Lay) Tema Raya

Pertandingan ini adalah kesinambungan daripada kelas teknik fotografi pada bulan April untuk untuk mencungkil bakat dan skill peserta yang telah menyertai.