dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI SEPT 2022

1) Bual Bicara bersama Usahawan PDK Lenga

1 Sept 2022 - Krew Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia - PEDi Felda Lenga telah menjalani sesi FB Live bersama Usahawan dari Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK ) Lenga. Tujuan bual bicara ini adalah untuk mengetengahkan perniagaan dan produk yang dihasilkan oleh pihak PDK. Selain itu adalah untuk bertanyakan maklum balas hasil perniagaan sepanjang penglibatan didalam karnival Usahawan Ambang Merdeka yang lepas.

2) Santai Pagi bersama Tupperware

24 Sept 2022 - Di sebalik tabir 'Santai Pagi bersama Tupperware'. Program bual bicara secara live yang dijalankan oleh krew Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia - PEDi Felda Lenga ini adalah untuk mengetengahkan perniagaan dan produk yang dihasilkan oleh usahawan. Selain itu adalah untuk bertanyakan maklum balas hasil perniagaan sepanjang penglibatan didalam karnival Usahawan Ambang Merdeka yang lepas dan menarik minat usahawan untuk turut serta program lain anjuran PEDi.

3) Jejak Usahawan Kampung Liang Batu

26 Sept 2022 - dKrew Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia - PEDi Felda Lenga telah turun menjelajah Kampung Liang Batu, Lenga bagi menjejaki usahawan- usahawan yang berpotensi untuk diketengahkan. Program suai kenal yang dijalankan secara rakaman santai ini bertujuan untuk mengenali perusahaan perniagaan para usahawan dan menarik minat usahawan untuk turut serta program lain anjuran PEDi pada masa akan datang .

4) Kelas ICT

30 Sept 2022- Kelas ICT Pelajar Sekolah bertujuan mencari ahli PEDI baru dan menarik minat semula untuk menyertai kelas ICT