dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI DISEMBER 2020

1) Program Bengkel Ceracap Inai Lenga Online

Pada 19 Disember 2020 telah berlangsungnya sebuah Bengkel Ceracap Inai Lenga secara atas talian. Pusat Internet Komuniti Felda Lenga adalah merupakan tuan rumah dan penyelaras program dengan kerjasama anjuran Pusat Pengajian Umum & Kokurikulum UTHM.

Program ini telah disertai seramai lebih kurang 40 orang terdiri pelajar UTHM seluruh Malaysia dan peserta di kalangan komuniti Felda Lenga dengan menggunakan aplikasi Google Meet.

Selain pembentangan daripada kumpulan pelajar berkenaan program, slot 'Klik Dengan Bijak' daripada Pusat Internet juga telah diselitkan bagi penyebaran info yang bermanfaat kepada umum.