dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI MAC 2020

1) Program Tilawah Al Quran Sekolah Agama Zon Pagoh

Pada 4 Mac 2020 Pusat Internet Felda Lenga telah dipilih sebagai salah satu lokasi Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu Kategori Putera Tahap 2 sempena Program Tilawah Al Quran Sekolah - Sekolah Agama Zon Pagoh dimana Sekolah Agama Dato Haji Hassan Yunus merupakan tuan rumah bagi majlis tersebut.

Selesai Pertandingan, slot taklimat ringkas berkenaan kempen MCMC seperti Mobile e-waste, sebenarnya.my & Klik dengan Bijak juga telah disampaikan oleh petugas Pusat Internet.

2) Gotong Royong Bersama Komuniti

Pada 2 dan 3 Mac 2020 telah dijalankn aktiviti Gotong Royong menceriakan perkarangan Pusat Internet dan Gotong Royong Perdana bersama komuniti Felda Lenga dan Team Volunteer. Gotong royong tersebut bersempena Sambutan Pertandingan TilawahAl Quran sekolah - sekolah agama Zon Pagoh dimana Sekolah Agama di Felda Lenga terpilih sebagai tuan rumah dan Pusat Internet Felda Lenga dipilih sebagai salah satu lokasi acara yang di pertandingkan.

3) Program UPU Online Bersama Pelajar Lepasan SPM SMK Lenga

Pada 5 Mac 2020 Pusat Internet Felda Lenga telah dijemput oleh Pihak SMK Lenga untuk menyampaikan pengumuman serta mewar-warkan kepada lepasan SPM tentang pendaftaran UPU Online boleh dibuat di Pusat Internet sehingga 30 Mac 2020. Beberapa orang lepasan SPM telah hadir untuk mengambil peluang mengisi UPU Online di Pusat Internet Felda Lenga

KELAS LATIHAN MAC 2020

1) Kelas Excel- Kotak Sifir

2) Kelas E-learning Sifir.com

3) Kelas Softskill – Aktiviti 1 Spy

4) Kelas Website – DIY Youtube

5) Kelas Softskill – Membuat Bekas Pensil Kreatif

6) Kelas Powerpoint – Jenis Kenderaan

7) Kelas Multimedia – Photoscape- Edit Gambar

8) Kelas Dewasa - Whatsap Website