dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI OGOS 2022

1) Lawatan Ke Galeri Darurat & Jelajah Usahawan Bukit Kepong

Pada 14 Ogos 2022, Sempena bulan kemerdekaan, PEDi Felda Lenga bersama jemputan badan komuniti GPW Felda Lenga & Team Volunteer Felda Lenga telah mengadakan satu program lawatan ke tempat sejarah bagi memperingati perjuangan dan jasa bakti wira-wira terdahulu mempertahankan negara.

Selesai lawatan, diteruskan pula dengan meninjau perniagaan salah seorang usahawan yang terdapat di Bukit Kepong untuk mengenali pengusaha dan jenis perniagaan yang di usahakan oleh beliau

2) Karnival Usahawan ‘Ambang Merdeka’ 2022

Program ini telah berlangsung pada 30 & 31 Ogos 2022 yang dianjurkan oleh PEDI Felda Lenga dengan kerjasama badan-badan komuniti Felda Lenga.