dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI APRIL 2018

Mesyuarat Sukarewati SKLTP Batu 27

Pada 4 April 2018 Team Sukarewati SKLTP telah mengadakan mesyuarat & perbincangan di Pi Felda Lenga dimana staff Pi juga merupakan AJK team tersebut. Disamping perbincangan tersebut, ahli Team telah diberi sedikit penerangan tentang aktiviti Pi & kempen-kempen yang dianjurkan oleh SKMM.

Bengkel Keusahawanan- Asas Pengurusan Akaun

Pada 7 April 2018 telah berlangsung sebuah Bengkel Keusahawanan - Asas Perakaunan anjuran Pi Pekan Lenga@tm di bantu oleh Pi Felda Lenga. Selesai Kelas diteruskan dengan sedikit taklimat berkenaaan Kempen Advokasi sebagai pendedahan kepada peserta tentang penggunaan internet dengan bijak dalam urusan perniagaan atas talian.

Team PI Redtone Meeting

Pada 16 April 2018 Team Pi Redtone telah sama-sama turun padang bermesyuarat di Pi Felda Sri Jaya. Mesyuarat tersebut telah di hadiri oleh semua staff Pi Redtone bersama Pengurus Penyelia daripada Redtone bagi membincangkan permasalahan pengurusan Pi dan pembentangan laporan-laporan bulanan Pi Masing-masing.

Mini Karnival Jualan Sentuhan Rakyat

Pada 20 April 2018 Pi Felda Lenga bersama angkatan Pi yang lain telah berpeluang membuka booth di Mini Karnival Jualan Sentuhan Rakyat di Mini Stadium Lenga. Antara aktiviti booth yang dijalankan adalah Pengenalan pekhidmatan yang disediakan di Pi serta Pengedaran Risalah dan Penerangan Kempen Advokasi , Klik Dengan Bijak.

Kelas Fardhu Kifayah- Pengurusan Jenazah

Pi Felda Lenga sekali lagi dipilih sebagai lokasi Kelas Pengurusan Jenazah pada 22 April 2018. Seperti biasa ahli kelas dihadiri oleh komuniti daripada JKKK Wanita Felda Lenga. Kelas ini bertujuan bagi memberi pendedahan yang mendalam tentang selok belok pengurusan jenazah dan sebagai memberi manfaat ilmu kepada pelapis-pelapis yang akan datang.

KELAS LATIHAN APRIL 2018

Kelas Microsoft Word - Karangan Bahasa Inggeris - Mempelajari Penggunaan serta Fungsi Menu Tab , Page Layout & Asas Menaip

Microsoft Publisher - Mempelajari Membuat Poskad- Tempat-tempat Menarik Di Malaysia

Kelas Hardware – Cabut & Pasang

Kelas E-learning- Slide Presentation Online- Bahaya Dadah

Kelas Website- Pendidikan Seni Visual

Kelas Micrososft Word – Penggunaan Fungsi Jadual

Kelas E-learning- Jigsaw Puzzle

Kelas Multimedia – Powtoon- Khasiat Buah-buahan