dikendalikan oleh   

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

PI Felda Lenga

Pusat Internet ( PI ) Felda Lenga telah ditubuhkan pada 21 Mac 2010. Terletak di Balairaya Felda Lenga Batu 27 yang telah diterajui oleh dua orang petugas yang diberi tanggungjawab untuk menjaga dan menguruskan PI iaitu Puan Salamah Ismail dan Cik Nur Hazwani Abd Majid. Sebelum ini,PI telah diberi nama sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) dan kemudian telah ditukar namanya kepada Pusat Internet oleh pihak SKMM sendiri. PI Felda Lenga ini telah dirasmikan pada 28 Jun 2013 oleh YB Tuan Haji Ismail Bin Mohamad selaku ADUN Bukit Serampang merangkap Exco Kerajaan Negeri Johor.

1 2 3

Objektif PI

  • Kemudahan akses internet secara kolektif
  • Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
  • Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
  • Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
  • Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan

Prinsip Pelaksanaan PI

  • Kerjasama dengan Kerajaan Negeri
    ~ Menyediakan premis yang sesuai
    ~ Menanggung sewa premis jika tiada premis sendiri
  • Rekabentuk dan peralatan yang seragam di semua lokasi
  • Diurus oleh Pengurus dan Penolong Pengurus yang dilantik secara kontrak
  • Beroperasi 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari
  • Daftar sebagai Ahli PI
    ~ Pendaftaran RM5.00
    ~ Kad Ahli
    ~ Tidak aktif 12 bulan, keahlian dibatalkan
    ~ Pengaktifan semula —RM3.00