dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI JUN 2017

Program Ya Ramadhan- Membuat Kuih Raya Bersama Tabika Kemas

Pada 21 Jun 2017, Pi Felda Lenga telah terlibat menjalankan aktiviti bersama Tabika Kemas Felda Lenga. Aktiviti yang telah dijalankan adalah membuat kuih raya- Cornflakes Madu sempena kedatangan aidilfitri yang bakal tiba .Hasil aktiviti itu telah disumbangkan kepada kanak-kanak Tabika & Guru-guru itu sendiri.

Program Ya Ramadhan- Ziarah Kasih Bersama Tabika Kemas

Pada 22 Jun 2017, juga telah berlangsungnya program Ziarah Kasih bersama Warga Tabika Kemas Felda Lenga..Lawatan ke rumah telah dilakukan beserta sumbangan sedikit keperluan asas kepada:

1) Adik Zamir Azan Bin Zamri, pelajar Tabika yang menghidap Kanser Darah
2) Adik Nur Adamia Binti Halis , pelajar Tabika yang merupakan anak yatim.