dikendalikan oleh   

BERITA DAN AKTIVITI TERKINI NOV 2023

1) Lawatan Sambil Belajar Ternakan Arnab

Program Lawatan Sambil Belajar ke Lokasi Usahawan Pusat Ekonomi Digital - PEDi Felda Lenga ; Ternakan Arnab Felda Lenga Bersama anak- anak Tabika Kemas Felda Lenga. Program ini mendedahkan tentang perniagaan melaui ternakan disamping mengenali habitat haiwan ternakan dengan lebih dekat lagi

2) Program Hari Bersama ASNB Amanah Saham National Berhad

Pada 23 Nov 2023 - Program Hari Bersama ASNB Amanah Saham National Berhad di Pusat Ekonomi Digital - PEDi Felda Lenga. Pembukaan kaunter agensi ini bertujuan memberi peluang kepada komuniti secara dekat untuk membuat urusan berkaitan ASNB di Pusat Ekonomi Digital - PEDi Felda Lenga.

Persidangan PEDi MADANI 2023

Pada 29 November 2023 Team PEDi REDtone ( Pusat Ekonomi Digital - PEDi Felda Lenga, PEDi Felda Sri Jaya - Pusat Ekonomi Digital & Pedi Felda Sri Ledang ) telah menghadiri jemputan Persidangan PEDi MADANI 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Persidangan ini dianjurkan untuk mengiktiraf para pengurus dan penolong pengurus PEDi yang merupakan tulang belakang dan nadi penggerak kepada PEDi di seluruh negara. Beberapa kategori anugerah seperti Pengurus PEDi dan Penolong Pengurus PEDi Terbaik, Usahawan PEDi Terbaik, PEDi Terbaik serta Anugerah Khas PEDi telah disampaikan bagi menghargai sumbangan mereka.