dikendalikan oleh   

BERITA DAN AKTIVITI TERKINI FEB 2024

1) Program Cakna Harta Pusaka, Hibah, Wasiat & Faraid

Pada 2 Februari -Program Cakna Harta Pusaka, Hibah , Wasiat & Faraid yang disampaikan oleh Barisan Peguam Syarie daripada Tetuan Norwahidah & Partners dengan kerjasama JPKK Felda Lenga & Pusat Ekonomi Digital - PEDi Felda Lenga.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pengertian pembahagian harta pusaka , hibah & Wasiat menurut syariah & saluran yang betul untuk penyelesaian guaman dan sebagainya.

2) Bengkel Kemahiran Membuat Sushi

Pada 16 Feb 2024 - Bengkel Kemahiran Membuat Sushi anjuran Pusat Ekonomi Digital - PEDi Felda Lenga dengan kerjasama Pemaju Masyarakat KEMAS Pagoh, Cikgu Fad. Bengkel ini dibuka sempena cuti sekolah yang disertai oleh Usahawan, Surirumah & Pelajar Sekolah. Selain memanfaatkan aktiviti cuti sekolah , para Usahawan & Surirumah juga dapat mempelajari kemahiran yang boleh membantu menjana ekonomi keluarga.