dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI NOVEMBER 2016

Program Program Johore Future Run

Pada 19 November 2016 telah berlangsungnya Program Johore Future Run anjuran Dun Bukit Serampang, bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Lenga. Berikutan itu, Pi Felda Lenga telah bergabung tenaga bersama Pi Pekan Lenga (TM) membuka booth serta menjalankan beberapa aktiviti bagi memeriahkan program tersebut.

Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh Pi Felda Lenga ialah; pendaftaran percuma Kelas Usahawan, selfie booth bersama komuniti, permainan KDB, Penerangan e-waste mobile & Jualan hasil Usahawan .

Selain itu, terdapat aktiviti lain yang dijalankan seperti; Senamrobik, berlari 1.5km beramai-ramai, sukanena, pameran & pemeriksaan kesihatan daripada pihak Kospen & Pejabat Kesihatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti tersebut dijalankan: