dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI JUN 2019

1) Program Celik It Fasa Iii Bersama Komuniti Orang Asli , Kampung Sentosa , Lenga

Program ini telah dilaksanakan pada 01 Jun 2019 dan dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Lenga. Ia merupakan program kesinambungan Program Jalinan Mesra bersama komuniti ini dan Celik It Fasa I & II yang telah diadakan pada April & Mei yang lepas.

Antara acara yang dijalankan ialah seisi perkenalan, penerangan fungsi & perkhidmatan Pusat Internet dan Aktiviti Training Room; Pengenalan Asas Microsoft Office, Kemahiran Menaip, E-learning, & Basic ICT

2) Program Marhaban Ya Lebaran Sempena Aidilfitri 2019

Sempena Hari Raya Aidilfitri , Pusat Internet Felda Lenga telah menganjurkan Program Sambutan Raya bersama komuniti setempat yang telah diadakan pada 22 Jun 2019. Bagi acara kemuncaknya, PI Felda Lenga menerima kunjungan marhaban raya daripada Tabika Kemas Felda Lenga & Warga SKLTP Batu 27. Selain itu, Majlis juga telah dimeriahkan oleh kunjungan daripada badan-badan lain di Felda Lenga ini seperti Team Volunteer, GPW & Pihak Pengurusan Pejabat Felda Lenga.

KELAS LATIHAN JUN 2019

1) Kelas Website Dewasa – Al quran Online

2) Kelas Ms Publisher – Kad Raya

3) Kelas E-learning- Math Online

4) Kelas Ms – Membina Perkataan

5) Kelas Basic ICT- Email Ucapan Raya

6) Kelas Softskill – Pantun Raya

7) Kelas Website Pelajar Sekolah- Al quran Online

8) Kelas Origami- Sampul Raya