dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI OGOS 2018

Program e-usahawan bersama MDEC

Program ini telah dilaksanakan pada 4 Ogos 2018, hari Sabtu di PI Felda Lenga. Peserta yang terlibat terdiri daripada IKS & peniaga kecil sekitar Mukim Lenga. Disamping itu, taklimat advokasi juga telah diselitkan sebagai acara sampingan.

Gotong Royong Bersama Komuniti (Kumpulan 3- Balairaya)

Aktiviti tersebut telah berlangsung pada 10 Ogos 2018, 8.30 pagi di Balairaya Felda Lenga – Bersebelahan PI Felda Lenga. Petugas PI telah sama-sama membantu membersihkan kawasan yang telah di senaraikan.

Jom Sihat Bersama Pusat Internet

Pada 10 Ogos 2018 , 5.00 Petang pula telah diadakan aktiviti Jom sihat di PI Felda Lenga. Ia bertujuan menggalakkan komuniti mengamalkan gaya hidup sihat.

Program “Jom Cuci Masjid”

Pada 11 Ogos 2018, Team PI Redtone telah dijemput untuk sama-sama menjayakan PROGRAM "JOM CUCI MASJID" di Masjid Jame' Sultan Alauddin Kampung Raja,Pagoh serta Majlis Tahlil Arwah Dan Doa Selamat Tazkirah Dan Muhasabah Oleh Al Fadhil Ustaz Hanafi. Program ini adalah Anjuran Bikers Club Media Prima dan telah Dirasmikan Oleh YB Dr Sahruddin Bin Jamal , Exco Kesihatan ,Pertanian Dan Alam Sekitar Negeri Johor Adun Bukit Kepong.

Lawatan Pendidikan Taska Permata

Pada 14 Ogos 2018 PI Felda Lenga telah menerima kunjungan daripada Taska Permata Kg Bt 28. Antara aktiviti yang dijalankan bersama adalah penerangan asas ICT, Penggunaan Komputer (menaip), Permainan e - pembelajaran & Tayangan Video Cerita Tauladan.

Kursus Kemahiran Pengurusan Majlis

Pada 19 Ogos 2018 Team PI Redtone telah menjalani kursus Kemahiran Pengurusan Majlis yang diadakan di PI Felda Sri Jaya. Kursus ini telah dilaksanakan oleh tenaga pengajar yang telah dilantik daripada UiTM dengan kerjasama YES Kolej.

Program Korban Harapan 2018

Program ini telah diadakan pada 25 Ogos 2018 merupakan Anjuran Kaf Malaysia (Kami anak Felda) Bersama PPBM Parlimen Pagoh Di dataran Felda Batu 27 Lenga . Petugas PI Felda Lenga telah dijemput untuk sama-sama bergotong royong membungkus daging kurban yang telah disembelih untuk diagih-agihkan kepada komuniti setempat.

Majlis Jasamu Di kenang

Pada 28 Ogos 2018 bertempat di GPW Felda lenga, telah diadakan Majlis Jasamu dikenang. Petugas PI Felda Lenga juga telah di jemput ke Majlis ini untuk meraikan perpisahan pegawai Pejabat Felda Lenga yang akan berpindah.

KELAS LATIHAN OGOS 2018

Kelas ICT Dewasa

Kelas Gmail & Facebook

Kelas Ms Word – Insert Shapes

Kelas e-learning – Typing Speed

Kelas Ms Powerpoint- kenali Jata & Logo Negeri

Kelas Canva.com – Salam Kemerdekaan

Kelas Pengenalan ICT Dewasa

Kelas Website – Kuiz Aidiladha

Kelas Ms Word- Insert Shapes, Drop Cap & Typing)

Kelas Ms Paint – Math Coloring

Kelas website & softskill – Origami Spinning