dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI JANUARI 2022

1. Program Pasca Banjir

Program ini telah diadakan pada 12 Januari 2022 yang di gerakkan oleh PEDi Felda Lenga dengan kerjasama Team Volunteer Felda Lenga. Ia merupakan salah satu program amal semasa musim banjir yang telah melanda Mukim Lenga pada awal Januari yang lepas. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membanu kerja-kerja pembersihan barang-barang mangsa banjir.

2. Kelas Tik Tok Advance

Kelas ini telah berlangsung pada di PEDi Felda Lenga pada 14 Januari 2022. Kelas ini adalah kesinambungan kelas asas Tik Tok yang telah belangsung pada Disember 2021. Ianya bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan untuk memperkembangkan dan mempromosikan produk dengan menggunakan aplikasi Tik Tok.

3. Program Bantuan Asnaf Amal Bakti

Pada 15 Januari 2022 PEDi Felda Lenga telah menyertai Team Volunteer Felda Lenga dengan satu lagi program amal untuk membantu badan NGO menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf di sekitar Mukim Lenga.

4. Mesyuarat Kali Pertama (1) Panel Penasihat Pedi Felda Lenga

Mesyuarat ini telah diadakan pada 28 Januari 2022 yang telah berlangsung di PEDI Felda Lenga . Ia bertujuan untuk mengadakan seisi perkenalan barisan panel penasihat, fungsi PEDI dan tanggungjawab ahli panel penasihat yang telah dilantik dan disahkan oleh ADUN.

5. Live Facebook Bersama Usahawan Pedi

Aktiviti live FB ini telah diadakan pada 31 Januari 2022 dan telah bersiaran langsung di Facebook Page PEDI Felda Lenga. Akiviti ini bertujuan membantu usahawan memasarkan produk mereka dan berinteraksi dengan pengguna terus melalui atas talian.