dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI FEBRUARI 2018

Aktiviti Advokasi Di Pi

Aktiviti advokasi ini telah dilaksanakan di Pi Felda Lenga pada 10 Februari 2018 yang disertai seramai 8 orang ahli Pi. Setiap peserta di beri masa untuk membaca semua info berkenaan Advokasi yang terdapat di sekitar dalam kawasan P1M , kemudian mereka perlu menjawab soalan kuiz yang disediakan berkenaan info yang telah dibaca.

Program Maulidur Rasul Di Sekolah Agama Dato’ Hj Hassan Yunus

Pi Felda Lenga telah bersama Warga Sekolah Agama tersebut menyambut Majlis Maulidur Rasul pada 12 Februari 2018, jam 2.00 petang . Majlis dimulakan dengan acara berarak beramai-ramai sambil berselawat keatas Nabi Muhammad SAW. Kemudian, para jemputan di jemput duduk di dalam dewan dan majlis diteruskan dengan bacaan doa selamat dan alunan ayat al-quran oleh wakil pelajar.

Selepas itu, para jemputan juga di dipersembahkan dengan acara berjanzi dan nasyid . Selesai acara tersebut, slot motivasi pula telah di sampaikan oleh penceramah & kanselor jemputan. Majlis berakhir pada jam 6.00 petang dengan jamuan makan.

KELAS LATIHAN FEBRUARI 2018

Kelas E-learning - Sifirdarab.com

Kelas Softskill – Membuat Kad Sifir

Kelas Dewasa ; Website

Mempelajari pencarian maklumat dan gambar di google search

Kelas E-learning – Upsronline. Bahasa malaysia

Kelas Ms Word - Menaip Berita daripada suratkhabar

Kelas Basic ICT - Memperkukuhkan pengetahuan dengan dunia ICT