dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI JANUARI 2018

Aktiviti Cheff Cilik

Aktiviti ini melibatkan ahli PI Felda Lenga yang dilakukan pada 6/1/2018 bagi tujuan untuk memupuk supaya belajar membuat sendiri sarapan pagi yang sihat dan ringkas . Seramai 8 orang peserta telah menyertai aktiviti ini bersama petugas PI.

Program Karnival Muafakat Tani Negeri Johor, Bukit Kepong

Pada 11-13 Januari 2018 Pi Felda Lenga bersama angkatan Pi lain telah di jemput ke Majlis Perasmian serta diberi peluang membuka Booth & Pameran di Program ini. Majlis ini telah dirasmikan Oleh YAB Mohamad Khalid Nordin , Menteri Besar Johor. Selama 3 hari berturut-turut PI Felda Lenga telah menjalankan tugas di pameran dan booth Advokasi. Antara aktiviti yang dilakukan adalah kuiz , penerangan info dan pengedaran flyers Klik Dengan Bijak, Mobile e- waste & Check your label serta pendaftaran ahli baru PI.

Program Forum Bicara Perdana Sempena Karival Sebenarnya.my

Pi Felda Lenga telah dijemput oleh pihak SKMM ke Program ini yang berlangsung pada 27/1/2018 jam 3.00 petang hingga 11.30 malam bertempat di Masjid Al Hikmah Parit Khadi Muar, Johor. Petugas Pi Felda Lenga juga telah diberi tugasan di bahagian pendaftaran dan pengagihan nombor cabutan bertuah kepada pengunjung dan menjaga booth sebenarnya.my

Program merupakan inisiatif untuk mengekang gejala penyebaran maklumat palsu melalui internet & media baru khususnya dimana ia sangat berguna kepada pengurus & pen. pengurus PI untuk menambah pengalaman, bahan dan idea dalam pelaksanaan & penyampaian taklimat dalam program-program kesedaran di PI di masa akan datang.

KELAS LATIHAN JANUARI 2018

Kelas Ict & Micrososft Word , Dewasa

Mempelajari Membuat Resume & Minit Mesyuarat

Kelas E-learning

Math Palyground

Kelas Soft Skill

Kemahiran Membina Imaginasi

Kelas Ict Dan Microsoft Word , Tugasan Kerja Sekolah , Pelajar Sekolah Menengah

Memahirkan diri menggunakan fungsi - fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Word

Kelas Microsoft Word, Pelajar Sekolah Rendah

Belajar Membuat Surat Tidak Rasmi

Kelas Softskill

Origami Bentuk Haiwan