dikendalikan oleh   

BERITA DAN AKTIVITI TERKINI FEBRUARI 2023

1) Kursus Latihan Pengendalian Makanan

Pada 18 Feb 2023- Kursus Latihan Pengendalian Makanan Batch 108 telah dijalankan secara online dengan kerjasama Sekolah Sijil Latihan Pengendalian Makanan NZ Bunga Venture bersama PEDi-PEDi lain. Seramai 15 orang peserta dari Pusat Ekonomi Digital - PEDi Felda Lenga yang menyertai Kursus dimana sebahagian darinya beronline di PEDi dan selebihnya di lokasi masing-masing.

2) Perkongsian santai bertajuk "Potensi Kembangkan Bisnes Kecilan"

Pada 23 Feb 2023- Satu program anjuran Pusat Ekonomi Digital - PEDi Felda Lenga bersama usahawan AIM dalam perkongsian santai bertajuk "Potensi Kembangkan Bisnes Kecilan" yang dibawakan khas oleh panel jemputan Encik Ammar Jelani, pengusaha pertukangan & kraftangan kayu. Selesai sesi perkongsian di PEDi, kami bersama usahawan menyertai lawatan ke bengkel dan melihat sendiri demo pertukangan dan hasil kreativiti beliau.