dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI FEBRUARI 2019

Program Perniagaan Bersama Shopee

Pusat Internet Felda Lenga telah menjemput usahawan-usahawan sekitar Mukim Lenga untuk menyertai kelas meluaskan pasaran produk melalui Shopee. Tujuan aktiviti dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para usahawan tentang cara meluaskan pasaran melalui atas talian. Sebelum kelas bermula, peserta telah diberikan sedikit taklimat berkenaan urusan perbankan online dengan selamat menerusi slot Klik Dengan Bijak.

Santai Kraftangan Youtube

PI Felda Lenga telah mengadakan aktiviti bersama para surirumah yang berminat untuk mempelajari kraftangan secara santai menerusi website Youtube. Selain dapat mempelajari ilmu baru mereka juga digalakkan untuk menggunakan kemahiran kraftangan tersebut sebagai satu aktiviti masa lapang dan seterusnya hasil kraft tersebut dapat menjana pendapatan sampingan. Aktiviti kraftangan tersebut adalah mengait benang untuk dijadikan bentuk bunga mengikut kreativiti masing-masing, dihiasi manik dan dilekat pin untuk dijadikan sebagai kerongsang atau hiasan pada pakaian.

Selingan aktiviti tersebut para peserta juga diberikan sedikit pendedahan tentang kesan buruk penyebaran berita palsu menerusi slot Klik dengan Bijak

KELAS LATIHAN FEBRUARI 2019

KELAS MULTIMEDIA – www.animaker.com

SOFTSKILL – Radio Karat

KELAS WEBSITE- Istilah Sains

KELAS SOFTSKILL – Pokok Impian

KELAS MS EXCEL - Membina Jadual & Insert Picture

E-LEARNING – English Is Fun

KELAS MS PUBLISHER – Kalendar 2019

KELAS MULTIMEDIA - Photoscapen

SOFTSKLL – Petua Menjadi Pelajar Yang Cemerlang